in

Filem Stepmom & Madea’s Family Reunion

2 FILEM HEBAT : STEPMOM DAN MADEA’S FAMILY REUNION TEMUI PENONTON TV2 KHAS HARI IBU

Istimewa Hari Ibu ini, TV2 menerusi dua slot popularnya tontonan di hujung minggu, Friday Nite Movie On 2 dan Sunday Day Time Special membawakan filem-filem hebat khas menghargai golongan bergelar ibu sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Filem Stepmom yang menemui penonton pada 7 Mei 2010 (Jumaat), jam 12.00 malam ini menampilkan lakonan hebat Julia Roberts membawakan watak Isabel, seorang jurugambar yang terpaksa berdepan situasi kehadirannya tidak disenangi oleh anak kekasihnya. Bergandingan dengan aktor Ed Harris yang menjayakan watak sebagai kekasihnya bernama Luke, Isabel cuba memenangi hati dua bakal anak tirinya, Anna dan Ben yang masing-masing berusia 12 dan 7 tahun.

Situasi itu membuatkan Isabel berusaha untuk cuba menjalinkan hubungan baik dengan keduanya setanding dengan kasih sayang yang diberikan ibu kandung mereka, Jackie. Konflik mula berlaku apabila kedua-dua wanita ini cuba untuk mempamirkan kasih sayang masing-masing untuk menarik perhatian Anna dan Ben setiap kali ada peluang.

Namun masihkah ada cara terbaik untuk kedua-duanya mengetepikan keegoan masing-masing lalu berkongsi kasih terhadap dua anak itu? Apakah pula peranan Luke untuk mendamaikan kekusutan itu?

Selain Julia Robert dan Ed Harris, filem popular tahun 1998 ini turut dijayakan wataknya oleh Susan Sarandon, Lynn Whitfield dan Liam Aiken.
Kemudiannya penonton slot Sunday Day Time Special diajak bergelak ketawa dengan aksi mencuit hati lakonan Tyler Perry dalam Madea’s Family Reunion pada 9 Mei 2010 (Jumaat), jam 04.00 petang.

Watak Madea masih lagi dikategorikan kurang ajar tetapi masih seorang nenek yang penyayang dengan caranya tersendiri yang diadaptasikan di layar skrin sebagai drama komedi yang menghiburkan.

Madea memutuskan menawarkan diri untuk membantu menjayakan majlis pertemuan besar-besaran seluruh keluarga besar mereka di sebelah hujung minggu.

Saudara perempuannya, Lisa lakonan Rochelle Aytes bertunang dengan pemuda kacak dan berjaya iaitu Blair Underwood. Begitu pun tanpa diduga Lisa telah mendedahkan rahsia disimpannya selama ini bahawa dia pernah menjadi mangsa pukul tunangnya yang dianggap baik oleh semua orang itu.

Sementara itu, seorang lagi saudaranya dikenali Vanessa pula berdepan dengan masalah percintaannnya dimana dia ragu-ragu untuk menyatakan perasaan cintanya terhadap Boris Kodjoe. Segalanya berlaku mungkin disebabkan malu kerana lelaki yang disukainya itu hanya pemandu bas.

Kematian kakak sulong Madea telah berlaku pada hari perkahwinan Lisa yang membuatkan seluruh keluarga mereka diselubungi perasaan sedih.

Kemuncak segalanya apabila mahkamah memutuskan Madea untuk melihat Nikki (Keke Palmer) yang berdepan masalah dan remaja pemarah ekoran masalah perpecahan keluarga.

Patikan anda menonton filem komedi yang dibarisi pelakon handalan Lynn Whitfield, Jennifer Lewis, Cicely Tyson dan Maya Angelou ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Menggenggam Janji & Salju di Hati Ibu di TV2

Peraduan Jom Menonton Filem Letters To Juliet