in

Kolaborasi Shopee & Senheng Tawarkan 500 Produk dengan Harga Terendah

Shopee, pasaran social mudah alih No 1 di Asia Tenggara dan Taiwan berbangga untuk mengumumkan pelancaran Kedai Rasmi Atas Talian Senheng di platformnya hari ini, sebaris dengan jenama terkemuka seperti Unilever, Nestlé’, Sandisk, GoPro, OPI, GNC dan banyak lagi.

SenHeng X Shopee 02

Lebih 500 produk berjenama ditawarkan pada harga rendah dari kategori kunci seperti Perkakas Kecil, TV & Audio dan Telefon Bimbit & Gajet untuk mencapai sasaran Senheng berjumlah RM3 juta pada Nilai Dagangan Kasar (GMV) sehingga hujung tahun 2017.

“Perkakas Rumah (Home Appliances) adalah satu satu kategori utama Shopee tahun ini. Kami teruja dapat bekerjasama dengan Senheng atas dasar mempunyai visi yang sama dalam memberikan pengalaman membeli-belah atas talian yang mudah untuk pengguna khususnya bagi produk perkakas rumah. Usahasama dengan peruncit produk elektronik dan perkakas rumah terkemuka seperti Senheng merupakan satu pencapaian besar bagi Shopee dan kami berharap dapat terus bekerjasama dengan lebih erat,” kata Pengurus Kategori, Perkakas Rumah dan Rumah & Ruang Tamu, Shopee, Edward Ling.

SenHeng X Shopee 01

“Usahasama strategic dengan Shopee memfokuskan pada menembusi segmen m-dagang, seiring dengan pelan transformasi runcit kami untuk memberikan pengalaman membeli-belah atas talian yang mudah untuk pengguna. Pendekatan perniagaan komuniti yang diamalkan oleh Shopee akan memanfaatkan Senheng. Ia merupakan satu platform yang sesuai untuk mendidik pengguna menerusi Pemasaran Unik (unique selling proposition) berkaitan dengan Program Ganjaran PlusOne sebagai kunci yang membezakan kami (dengan pesaing) dalam pasaran berdasarkan harga (price-driven market),” kata Wong Che Hoe, Pengarah Eksekutif, Senheng® Electric (KL) Sdn. Bhd.

Pelancaran Kedai Rasmi Atas Talian Menawarkan

Mengulas lanjut tentang pelancaran tersebut, Senheng mendapati faktor utama terhadap perubahan tabiat membeli-belah pengguna dipengaruhi oleh kehadiran atas talian (online presence) dan kandungan yang lengkap. Sebagai salah satu peruncit elektronik terulung di Malaysia, mereka mensasarkan untuk mengukuhkan penembusan pasaran dalam segmen pasaran ini berdasarkan potensi m-dagang yang menjadi tunjang utama dalam anjakan pasaran runcit.

Beko Blender

Senheng Yakin Jana RM3 Juta Atas Platform Shopee

Bagi meraikan kerjasama rasmi antara Shopee dan Senheng, penguna boleh menikmati penebusan baucar sehingga RM500 bagi produk terpilih selain jualan murah bagi produk terpilih pada harga terendah di pasaran. Penghantaran percuma ditawarkan bagi setiap pembelian melebihi RM500 bagi setiap daftar keluar (check-out) di Semenanjung Malaysia.

Juicer

Lebih 500 Produk Berjenama Pada Harga Rendah

Sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan mereka, Senheng akan terus meluaskan capaian mereka menerusi pelbagai platform seperti luar talian (offline), atas talian, e-dagang dan m-dagang untuk menjadikan jenama mereka lebih dekat kepada pengguna.

Aplikasi Shopee boleh dimuat turun secara PERCUMA di App Store dan Google Play. Layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut.

Air Fryer

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KL Tower International Towerthon Challenge 2017 ‘Let’s Be Victorious’

Senarai Penuh Pemenang Anugerah MeleTOP Era AME2017