Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!
Anda nak menghadiri Tayangan Premiere SHOCK WAVE – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas?
Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem aksi yang penuh dengan adegan kejutan dan suspen ni.
[pullquote align=”right”]Budiey ada 150 pass tiket untuk dihadiahkan kepada semua pembaca Budiey.com yang teruja untuk hadir menonton.[/pullquote]
Budiey nak ajak korang tonton sebuah filem aksi lakonan terbaru dari Andy Lau berjudul SHOCK WAVE lakonan oleh Andy Lay bersama ramai lagi pelakon handalan seperti Jiang Wu, Philip Keung, Ron Ng, Babyjohn Choi dan Louis Cheng. Andy Lau juga turut menjadi penerbit filem ini yang bercita-cita mahu membawa filem ini ke tahap dan mutu antarabangsa.. Ianya diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Herman Yau. Pasti ramai yang ramai nak tengok filem aksi macam ni, kan?
Filem ini akan berada di pawagam mulai 20 April 2017.
Nak tahu best ke tidak aksi filem ni, anda semua dijemput untuk menonton trailer filem ini dan bacalah sinopsis ringkas tentang filem ini.
Sinopsis Filem SHOCK WAVE
Shock Wave menceritakan tentang seorang inspektor senior dalam kes pengeboman, Cheung Choi San lakonan Andy Lau yang mana 7 tahun silam menyamar menjadi anak buah Hung Kai Pang lakonan Jiang Wu, seorang penjenayah dan pengebom dan berjaya dalam misinya. Mengakibatkan Cheung Choi San melarikan diri namun adik dan beberapa orang temannya tidak lolos dari Hung, perancangan Hung kembali disusun dengan meletakkan bom dibeberapa tempat di Hong Kong sebagai tanda kemarahan kepada Cheng Choi San.
Peraduan Tayangan Premiere SHOCK WAVE
Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 150 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:
Tarikh:
19 April 2017
Masa Pendaftaran:
8.00 malam
Tayangan Filem:
9:00 malam
Tempat:
GSC 1 Utama
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere SHOCK WAVE – Budiey.com di GSC 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #ShockWave
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #ShockWave kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Jawab soalan mudah ini:
1. Namakan dua orang pelakon filem SHOCK WAVE
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere SHOCK WAVE – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Tayangan Premiere SHOCK WAVE – Sensasi Selebriti
Tarikh tutup peraduan:
18 April 2017
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada GSC Movies dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 20 April 2017.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.