Penyanyi Tommy Page, 46, yang juga seorang eksekutif muzik meninggal dunia pada Jumaat lalu.
Punca kematian Page yang terkenal menerusi lagu I’ll Be Your Everything itu bagaimanapun belum disahkan namun mendiang dipercayai membunuh diri.
Page memulakan kariernya bersama Sire Records selepas bertemu dengan pengasas syarikat rakaman itu yang telah melancarkan karier Ramones dan Madonna.
Karier seninya mula mendapat perhatian apabila dia muncul dengan album keduanya dan popular menerusi lagu Paintings in My Mind dan I’ll Be Your Everything.
Selepas melancarkan beberapa buah album Page menjadi eksekutif di Warner Bros. Records sebelum beralih ke Billboard.
Dua tahun kemudian dia bertugas sebagai eksekutif untuk Pandora.
Penyanyi itu mempunyai tiga cahaya mata bersama pasangannya Charlie.
Sementara itu, industri muzik dan selebriti turut mengucapkan takziah di atas pemergian Page termasuk Josh Gorban dan komposer Diane Warren. – REUTERS