Battle pertama Mentor Milenia 2017 yang berlangsung pada Ahad lepas telah menyaksikan Balqis & Usop (Hazama), Elica & Anna (Akim), Syeera & Nuzul (Black) dan Qalisya & Along (Tomok) bersaing untuk meraih jumlah markah yang tinggi. Dua protégé yang berada di tangga terbawah iaitu Qalisya (Tomok) dan Nuzul (Black) menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan lantas kesemua protégé mara ke pertarungan seterusnya.
Fenomena Usop (Hazama) yang menjadi tular di laman media sosial bertambah hangat selepas protégé kepada mentor Hazama ini diumumkan sebagai juara mingguan.
Protégé Lega Tiada Penyingkiran. Perjuangan Qalisya dan Nuzul masih berterusan
Battle pertama ini telah menampilkan Datuk Hattan sebagai juri tetap, dan Azlan Typewriter selaku juri jemputan bagi konsert minggu ketiga. Keputusan persembahan para protégé terletak kepada jumlah markah daripada juri tetap dan juri jemputan sebanyak 50%, undian penonton menerusi laman web rasmi Mentor Milenia sebanyak 30% dan 20% lagi daripada juri awam di studio.
Menurut Datuk Hattan selaku juri tetap, “Kesemua protégé ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai protégé, mereka perlu tahu bahawa vokal bukan ukuran semata-mata di dalam pertandingan ini tetapi mereka juga perlu pandai untuk menguasai pentas dan memukau penonton. Para mentor juga perlu peka dalam pemilihan lagu yang sesuai dengan protégé untuk membantu persembahan dan meningkat jati diri mereka semasa berhadapan dengan penonton.”
Mentor Milenia 2017 dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh. Pembukaan konsert minggu ketiga lalu telah menampilkan persembahan istimewa daripada juri jemputan, Azlan Typewriter, dengan lagunya bertajuk ‘Melankoli’. Di pengakhiran konsert itu, penonton dihiburkan dengan persembahan bonus daripada barisan protégé menerusi rangkaian lagu “G.I.G & Stop” (kumpulan Elite dan Spice Girls).
Berikut merupakan senarai lagu yang telah disampaikan oleh setiap protégé:
Mentor | Nama Bakal Protege | Tajuk Lagu/Penyanyi Asal |
Tomok |
Mohamad Rozaimi Rosli (ALONG) (20 tahun, Kuala Kedah, Kedah)
|
Knock Knock / Elizabeth Tan |
Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin (QALISYA) (17 tahun, Kinarut Papar, Sabah)
|
Bukan Yang Pertama / Faizal Tahir |
|
Black |
Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad (NUZUL) (17 tahun, Kota Bharu, Kelantan)
|
Cenderawasih / Jamal Abdilah |
Nur Syaheera Abd Aziz (SYEERA) (19 tahun, Shah Alam, Selangor)
|
Antara Hujan Dan Air Mata / Sudirman |
|
Akim |
Noor Jannah Abu Hanipah (ANNA) (18 tahun, Petaling Jaya, Selangor)
|
Teratai Layu Di Tasik Madu / Fauziah Latiff
|
Angelica Paujin (ELICA) (17 tahun, Tambunan, Sabah)
|
Hurt / Christina Agulera |
|
Hazama |
Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (USOP) (20 tahun, Lunas, Kedah)
|
Titian Hasrat / Samudera |
Nor Balqis Ahmad Tajudin (BALQIS) (18 tahun, Kemaman, Terengganu)
|
Pencuri Hati / Ayda Jebat |
Tertumpu kepada golongan muda dalam lingkungan umur antara 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia 2017 membariskan empat artis muda berbakat besar iaitu Akim, Hazama, Black dan Tomok selaku Mentor bagi mencari dan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya dan berkemampuan melakar nama mereka di dunia seni.
Mentor Milenia 2017 dibawakan khas oleh Neffos, Telefon Pintar Generasi Milenia selaku penaja utama manakala tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan ZIP sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio. Menariknya kali ini, Mentor Milenia 2017 akan dihangatkan lagi dengan Smule, aplikasi karaoke popular. Jangan lepaskan peluang untuk menyanyi bersama mentor pilihan anda bermula pada bulan Mac ini menerusi aplikasi Smule ini.
Barisan protégé akan bertanding dalam 9 konsert mingguan yang disiarkan secara langsung dari studio Sri Pentas 2. Konsert mingguan ke-8 dan ke-9 merupakan konsert separuh akhir, di mana protégé-protégé yang masih bertahan akan berentap di pentas akhir Mentor Milenia 2017 untuk merebut wang tunai berjumlah RM 100,000.
Krew penerbitan Mentor Milenia 2017 diketuai oleh Muhamad Sufian Isa, Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia 2017 dan Khirul Fikry Mustafa sebagai penerbit. Program realiti popular ini turut dibantu oleh Azmeer sebagai penasihat, Sazlan Mat Adnan sebagai koreografer dan Faizal Uzir (Lok-U) sebagai pengarah muzik.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Mentor Milenia 2017 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protege pada setiap Ahad bermula 6.00 petang selama 30 minit.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia dengan menggunakan hashtag #MentorMilenia2017 untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman media sosial. Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.