in

Drama Sos Cili Sos Tiram Lakonan Aishah Sinclair

KHAS HARI PEKERJA : RTM HIDANG DRAMA SOS CILI SOS TIRAM DI TV1

Khas meraikan setiap individu yang bergelar pekerja, RTM menghidangkan sebuah drama bertajuk Sos Cili Sos Tiram pada 1 Mei 2010 (Sabtu), jam 9.00 malam mengisi slot Panggung Seri di TV1 yang berkongsi kisah kegigihan dua orang pemuda yang merautau ke ibukota Kuala Lumpur demi mencari peluang pekerjaan yang halal untuk menyara kehidupan masing-masing.

Dibintangi oleh pelakon terkenal Rusdi Ramli, Aishah Sinclair, Nisha Dirr, Bienda dan Zul Yahya, Sos Cili Sos Tiram bermula dengan babak memperkenalkan watak dua sahabat baik, Irwan dan Izmir yang kedua-duanya menjangkau usia 30 tahun dan masih membujang.

Irwan dan Izmir adalah rakan karib semenjak kecil hingga kini mereka berdua tinggal bersama di kota Kuala Lumpur setelah kedua-duanya tamat pengajianmasing-masing. Pada awalnya mereka tinggal bertiga namun Farok rakan serumah mereka telah berpindah setelah berkahwin.

Tinggal bersama berdua membuatkan mereka akrab seperti adik dan abang. Mereka berdua juga adakalanya keluar bersama menonton wayang. Boleh di katakan seperti pasangan kekasih. Di mana ada Irwan berada di situ ada Izmir.

Pekara ini membuatkan orang kampung mula mempersoalkan kepada keluarga Irwan dan Izmir mengapa mereka berdua masih belum berkahwin. Ini membuatkan Irwan dan Izmir tidak mahu pulang ke kampung kerana penat untuk menjawab segala pertanyaan orang-orang di sekelilingnya.

Di rumah Izmir pula pandai memasak. Hampir setiap malam dia akan memasak. Dia juga ibarat suri rumah di dalam rumah itu. Dia tahu makanan kegemaran Irwan. Mesti ada sos cili dan sos tiram. Ini membuatkan mereka saling memerlukan antara satu sama lain kerana Irwan pula gemar mengemas rumah.

Ibu Izmir, Rosnaini selalu memasak masakan kegemaran Irwan bila tahu Irwan dan Izmir pulang ke kampung. Sos cili dan sos tiram masakan kegemaran Irwan sentiasa di hidangkannya. Rosnaini, balu yang kematian suaminya semenjak 20 tahun lalu tinggal di kampung bersama adik Irwan, Nini yang diminta supaya menjaga mak cik Ros.

Irwan merupakan seorang lelaki yang hidupnya sosial, peramah , romantik dan pandai bermain cinta, membuatkan dia kerap kali mempunyai kekasih namun semuanya hanya sementara, nasib tidak pernah menyebelahinya. Namun dia tetap tidak serik untuk bercinta kembali.

Perkenalan pertamanya dengan Maizura seorang gadis seksi dan merupakan seorang model sampingan membuatkan Irwan mula lupa diri. Dia jarang pulang kerumah sewanya. Dan hal ini membuatkan rakan karibnya Izmir tinggal keseorangan di rumah. Izmir mula rasakan sunyi tanpa sahabatnya itu.

Namun akhirnya Irwan sedar Maizurah tidak ikhlas menyintainya. Setelah hidupnya kembali solo Irwan tidak lagi keluar dari rumah apabila pulang daripada kerja. Dia akan duduk di rumah dan memperbanyakkan solatnya. Dia sentiasa berdoa agar di berikan wanita yang baik dalam hidupnya. Dia benar-benar semangat untuk mendirikan rumah tangga. Dan dia juga sudah bersedia untuk menjadi seorang suami.

Sehinggalah dia berkenalan dengan wanita yang memenuhi ciri-ciri muslinah dikenali sebagai Soleha. Dia jatuh cinta lagi dan mula khayal semula walaupun dinasihati Izmir. Begitu pun nasib tidak menyebelahinya apabila gadis yang telag ditunanginya itu akhirnya jatuh cinta dan menjadi isteri kedua Farok, bekas teman serumahnya dulu. Kehidupan Irwan mula terkapai-kapai semula.

Atas nasihat Izmir, Irwan pulang ke kampung sahabatnya itu untuk menenangkan fikiran. Namun tanpa diduga dia jatuh hati dengan ibu teman baiknya itu apatahlagi mak cik Ros pandai mengambil hati dengan menghidangkan masakan yang berasaskan sos cili dan sos tiram. Di situ juga cinta antara Izmir dengan Nini mula berputik.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Adakah kuasa cinta mampu menyatukan mereka walaupun timbul isu perbezaan usia? Saksikan kesudahannya menerusi Sos Cili Sos Tiram pada 1 Mei 2010 (Sabtu), jam 9.00 malam di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Juara Gah 1 Hits 1?

Stylo Fashion Show Fall/Winter 2010