Seperti yang Budiey war-warkan sebelum ini, Krisdayanti bakal buat persembahan di Konsert Romansa 2017 bakal berlangsung tiga malam bermula pada 24, 25 dan 26 Februari 2017. Konsert berskala besar ini dikatakan bakal mencatatkan sejarah peribadi Krisdayanti sendiri kerana ia bakal menghimpunkan lebih 25 lagu popular nyanyiannya sepanjang lebih dua dekad bergelar penyanyi.
Konsert dibawakan oleh Neo Global Sdn Bhd itu dianggap sebagai detik kepulangan semula Krisdayanti ke dalam industri muzik Malaysia setelah berdepan pelbagai cabaran dalam kehidupan.
Konsert itu juga bakal menampilkan kelainan berbanding persembahannya di Malaysia sebelum ini, termasuk Krisdayanti Live in KL pada November 2014.
Budiey sememangnya membesar dengan lagu-lagu Krisdayanti. Antara lagu yang Budiey suka dengar ialah, Menghitung Hari, Makin Aku Cinta, Mencintaimu, I’m Sorry Goodbye, Bila Cinta Tak Berdosa, Pilihlah Aku, Mengenangmu, Mahadaya Cinta, Keinginanmu dan banyak lagi. Juga banyak juga lagu duet KD bersama Anang ynag Budiey suka. Memang lagu-lagu romantis gitu.
Konsert terbabit akan menampilkan 25 lagu popular penyanyi itu, termasuk dua single baharu yang dihasilkan di Amerika Syarikat, masing-masing Sleep To Dream dan In Love Again ciptaan Mateo Camargo serta Nathan Leone, insan yang bertanggungjawab menghasilkan single Waka Waka dendangan Shakira.
Paling istimewa, Krisdayanti akan menjemput seorang penyanyi terkenal untuk turut sama menyanyi bersama beliau di pentas.
Di sidang media ini juga, Krisdayanti turut mengumumkan cara untuk membeli tiket yang berharga RM118, RM258, Rm358, RM458 dan RM588 akan dijual di www.myticket.asia.
Selain itu, peminat juga boleh mendapatkan tiket di laman media sosial rasmi penganjur di www.facebook.com/NeoBelIndulgenceSeries.
Peraduan Menang Tiket Konsert Romansa 2017
[dropcap]R[/dropcap]amai pembaca yang tak sabar untuk memenangi tiket dari Budiey.com. Okay, jangan risau, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat Krisdayanti khususnya.
Budiey ada 20 tiket untuk pembaca Budiey.com dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan dengan Konsert Romansa 2017 di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.
2. Sila LIKE Fanpage Budiey.com : www.facebook.com/budieydotcom , Follow Twitter : @Budiey & Instagram: Budiey & hashtag #BudieyDotCom #BudieyKonsertRomansa2017
3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:
- Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
- Hantar slogan itu ke emel budiey.
- Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertRomansa2017. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Tweet Slogan: Saya mahu ke #KonsertRomansa2017 bersama @budiey kerana…. (tidak lebih dari 140 huruf)
4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB rakam dengan menyanyikan lagu dari Krisdayanti dan rakamkan nyanyian anda itu di Instagram. Amacam okay tak? Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertRomansa2017. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: Saya mahu ke #KonsertRomansa2017 bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu ke Konsert Romansa 2017 kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket Mini Konsert Romansa 2017
Tarikh tutup peraduan:
20 Februari 2017
SYARAT & PERATURAN:
- Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
- Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
- Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
- Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
- Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
- Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
- Keputusan juri adalah muktamad.
- Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
- Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
- Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada penganjur Neo Global Sdn Bhd kerana sudi memberi hadiah tiket kepada pembaca Budiey.com.
Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.