Pencil Pictures & Records Sdn Bhd sekali lagi tampil buat kali ke-4 mempertaruhkan filem yang berjudul “BO-PENG” yang bakal ditayangkan pada hari cuti sekolah iaitu mulai 22 Disember 2016. Filem bergenre komedi suspen ini memaparkan kisah dua sahabat baik; “Bo” dan “Peng” yang bekerja di sebuah restoran makanan segera iaitu Opiel Secrets Pizza. “Bo” dan “Peng” secara tidak sengaja terlibat dengan satu kes penculikan dan bagaimana mereka Berjaya menyelesaikan kes itu dengan pelbagai rintangan serta peristiwa yang terjadi dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa penculikan tersebut.
“BO-PENG” menampilkan Johan As’ari, seorang pelakon yang tidak asing lagi dengan filem-filem yang pernah dilakonkan sebelum ini dan Nabil Ahmad, seorang pelakon dan pengacara yang hebat dan mempunyai perwatakan yang kelakar serta lawak jenaka beliau membuatkan penonton tidak pernah kering gusi.
“KITA PUNYA BLOODBROTHERS TADA SAPA BOLEH LAWAN BRO!!!”
Antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini ialah Zulin Aziz, Soffi Jikan, Fauzi Nawawi, Along Ezandy, Wanna Ali, Kila Fairy, Juzzthin dan ramai lagi. Di samping itu, dengan penampilan pelakon yang berpengalaman seperti Ellie Suriaty dan Radhi Khalid menambahkan lagi kelucuan dengan lawak jenaka masing-masing.
Filem ini mendapat garapan daripada pengarah Helmi Yusof yang sudah berpengalaman jauh dalam bidang pengarahan filem. Beliau yang dilihat begitu bijak menggabungkan unsur komedi dan pengalaman dalam menghasilkan sesebuah filem . Antara filem arahannya yang pernah mendapat tempat di hati penonton adalah “Bikers Kental” dan “Bikers Kental 2”
Filem yang telah menelan kos perbelanjaan sebanyak RM1.4 juta telah menjalani penggambaran sekitar Kuala Lumpur. Di samping membuat penonton terhibur dan bergelak ketawa, filem ini sudah pastinya membawa mesej yang berguna yang mana dapat di ambil sebagai pengajaran kepada penonton. Apa yang baik boleh diteladani tetapi yang kurang baik perlu dijauhi. Diharapkan filem ini mendapat tempat di hati penonton sebagai sebuah filem yang di garap secara ringan sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.
BO-PENG juga merupakan filem edaran Pencil Pictures untuk mempromosikan filem ini ke seluruh Negara. Dengan ini diharapkan dapat membuka jalan kepada filem ini supaya mendapat pendedahan sewajarnya kepada masyarakat umum terutamanya kepada peminat-peminat filem tempatan. Sokongan yang berterusan akan menjadi pembakar semangat kepada pihak produksi untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu demi meningkatkan lagi industri perfileman negara kita.
“Jangan ketinggalan untuk menonton BO-PENG di pawagam yang berhampiran bermula pada 22 Disember 2016.”
https://youtu.be/KD_IOx5GJhI
SINOPSIS BOPENG
“Bo” dan “Peng” merupakan dua orang sahabat baik yang tinggal bersama dan bekerja di sebuah restoran makanan segera yang sama iaitu Opiel Secret Pizza. “Peng” (Johan Asa’ri) yang terkenal dengan sikap peramah dan mesra setiap kali menjawab panggilan yang dari pelanggan untuk membuat pesanan pizza; manakala “Bo” (Nabil Ahmad) terkenal dengan kepantasan dan kecekapannya menghantar pesanan pizza kepada pelanggan.
Suatu hari, “Peng” dihubungi pelanggan tetap Opiel Secret Pizza; Mira Idora Senrose (Zulin Aziz). Ketika Mira Idora Senrose sedang berjalan kaki seorang diri di kawasan letak kenderaan, Mira Idora Senrose telah diekori oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan Mira Idora Senrose telah meminta bantuan “Peng” untuk menyelamatkannya. “Peng” mencari idea dan memberikan arahan kepada Mira Idora Senrose untuk menyelamatkan diri namun panggilan akhirnya terputus dan “Peng” gagal menghubungi Mira Idora Senrose semula.
Di atas rasa perikemanusian, “Peng” telah meminta “Bo” menemaninya membuat laporan polis mengenai misteri kehilangan Mira Idora Senrose. Pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana kekurangan maklumat mengenai kes kehilangan Mira Idora Senrose.
Selepas beredar dari balai polis, mereka terus pulang ke Opiel Secret Pizza. “Peng” sekali lagi menerima panggilan dari Mira Idora Senrose yang mendakwa dirinya telah diculik dan dihumban ke dalam sebuah but kereta. Mira Idora Senrose menangis ketakutan dan meminta “Peng” menyelamatkannya.
“Peng” cuba memberikan idea untuk Mira Idora Senrose menyelamatkan diri. Dengan berbekalkan pengetahuan yang diperolehinya dari novel-novel jenayah yang pernah dibacanya, “Peng” menyuruh Mira Idora Senrose membuka lampu brek dan menghulurkan tangan keluar dari but kereta.
Dalam masa yang sama, “Bo” telah menunjukkan video seseorang yang melambai-lambai tangan dari but sebuah kereta yang diperolehinya dari Instagram kepada “Peng” dan “Bo” yakin itu ialah Mira Idora Senrose. Sementara itu, pihak polis juga turut menerima video yang sama dan mengesyaki ia ada kaitan dengan kes penculikan Mira Idora Senrose.
Atas bantuan pihak polis, Mira Idora Senrose telah menuang cat ke jalan raya bagi memudahkan lagi pihak polis menjejakinya. Tetapi malangnya, Based (Sofi Jikan) menyedari perkara itu selepas ditegur oleh seorang pemandu kereta lain mengenai cat yang tumpah dari kereta.
Apakah kejadian yang akan menimpa Mira Idora Senrose sementara “Bo”, “Peng” dan pihak polis akan sampai menyelamatkannya? Saksikan kesudahannya dalam “Bo-Peng” di seluruh pawagam di Malaysia bermula 22 Disember 2016 ini
PELAKON
Nabil Ahmad : Bo
Dira Abu Zahar : Hana
Johan As’ari : Peng
Wanns Ahmad : Azhar
Zulin Aziz : Mira Edora Senrose
Along Edzendy : Abdullah
Soffi Jikan : Based
Ellie Suriaty : Mama Wanna
Wanna Ali : Wanna (Gadis 2)
Fad : Kawan Serumah Based
Fauzi Nawawi : Inspektor Anuar
Radhi Khalid : Juru Pam Minyak
Juzzthin Zakaria : Kila Fairy Gadis 2
KARYAWAN
Penerbit Dato’ : Normashayu Puteh
Project Coordinator : Jesslyn Foo
Pengarah : Helmi Yusof
Pen. Pengarah 1 : Hairuk Nizar Bin Salleh Askor
Pengarah Fotografi : Helmi Yusof
Konti : Siti Naseha Binti Zulkuply
Skrip : Helmi Yusof / Nurul Salajudin
Penyelaras Produksi : Jesslyn Foo
Koordinator : Shahrizal Bin Abd Azis
Penyelaras Lokasi : Jesslyn Foo
Pembantu Penyelaras : Lokasi Nazatul Sukma Bt Aynor/Mohd Syazwan Bin Alias
Pengarah Seni : Mazalan Bin Zulkifli
Make up : Zarina Bt Abu Sidik
Wardrobe : Suhartini Bt Othman
Kesan Khas Visual : Alvis Gan
The Making Of : Fazzi Yahya
Still Photo : Muhammad Syafiq Bin Mohtar
Runner : Arizal Bin Abdul Rahman/Zulkifli Bin Harun
Handy : Mohd Nazree Bin Noh/Zulkifli Bin Harun