in

Ada Hutang Ke Tidak? Jom Semak Skor CTOS Anda!

Banyak juga kontroversi dan gossip panas tentang selebriti sekarang ini. Beberapa hari lalu, kecoh tentang kisah Rozita Che Wan khabarnya tak cukup bayar cukai. Budiey ada baca dalam sebuah portal tu, banyak gak jumlah yang katanya dia tak bayar tu. Tapi Che Ta dah keluarkan statement, dia dah lantik agen untuk uruskan pembayaran cukainya. Sebut pasal cukai dan wang ni, baru-baru ni jugak ada selebriti terkenal yang nampak mewah dan banyak duit tapi hutang keliling pinggang.

Sebenarnya, memang berlambak artis kita yang banyak hutang. Yelah zaman sekarang, siapalah yang takde berhutang tu kan? Hidup dalam dunia kos hidup yang makin meningkat ni, segala nak hutang. Rumah, kereta, pinjaman peribadi, kad kredit… macam-macam lagi lah.

CTOS

Ada Hutang Ke Tidak Jom Semak Skor CTOS Anda!

[dropcap]M[/dropcap]asa asyik borak dengan seorang kawan sebelum Konsert Gegar Vaganza minggu lalu, dia ada bertanya kepada Budiey macamana nak tahu sesorang tu ada hutang ke tak?

Kebetulan pada 1 November lalu, Budiey ada dijemput untuk menghadiri Pelancaran Kempen ‘BERAPAKAH SKOR CTOS ANDA. Terima kasih kepada penganjur CTOS Data Systems Sdn Bhd yang sudi menjemput Budiey.com. Ramai yang tak tahu lagi pasal CTOS ni ya. Ia lebih kurang sebagai agensi pelapor kredit yang memberi khidmat nasihat kepada kita semua.

Budiey memang teruja sangat nak tahu tentang kempen ini. Sesampai di Nexus Bangsar, barulah Budiey dapat tahu, kempen ini sebenarnya bertujuan memudahkan rakyat Malaysia menguruskan tentang kewangan dan hutang atau kredit mereka. Ini kerana didapati rakyat Malaysia selalu mendapatkan kemudahan kredit terutamanya pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman peribadi, pinjaman kad kredit, pinjaman pelajaran dan pelbagai lagi.

CTOS

[pullquote align=”right”]Budiey difahamkan, ini adalah kempen pendidikan pertama disasarkan kepada pengguna setiap peringkat. Sikit sebanyak dapat mengubah set minda dan sikap orang kita yang acuh tak acuh tentang hutang piutang ni.[/pullquote]

Terutama bagi golongan muda, mereka masih mentah dan kurang arif dalam selok belok pengurusan kewangan dan sering tersilap langkah dalam membuat pilihan dalam pengurusan kewangan. Contohnya dalam membuat pinjaman peribadi dan kad kredit pada kos yang tinggi, secara tidak langsung mereka boleh terjebak dengan kitaran hutang yang kurang sihat.

Yang menariknya, CTOS memberikan 100,000 penyata Laporan Skor MyCTOS yang bernilai RM25 secara PERCUMA. Setiap laporan akan didatangkan dengan segala butiran mengenai pengesah-sahihan identiti, pemberitahuan perniagaan terlibat (jika ada), pembayaran balik kredit (jika ada), tindakan undang-undang (jika ada), status kes (seperti muflis sejak 24 bulan yang lain) dan pelbagai lagi.

Okay, berbalik kepada persoalan, macamana nak tahu tentang maklumat hutang kita. Budiey kira, ini adalah yang paling mudah dan yang penting sangat tepat. Selain kita boleh semak jumlah hutang, kita juga sekaligus dapat mengetahui samada kita layak untuk buat pinjaman untuk beli rumah atau kereta. Jadi, tak payah la susah nak pergi beli rumah terus, periksa dulu samaada kita lulus ke tak? Walaupun korang tak nak buat pinjaman pun, apa kata korang sign up gak sebab mana lah tahu kan?

Okay caranya, Budiey dah buat cuba buat sebab excited nak tahu, walhal dalam hati cuak jugak kan? Manalah tahu tup tup ada hutang yang kita tak tahu… okay, korang boleh layari sekarang http://www.ctoscredit.com.my.

CTOS

Kemudian, nak tak nak kenalah daftar nama kroang dulu. Semasa mendaftar tu, korang diminta untuk upload gambar kad pengenalan. Jangan risau kerana CTOS ni gerenti selamat sebab siap ada hantar nombor TAG di telefon bimbit kita. Korang jangan risau.

CTOS

Selepas sign up tu, korang akan ditanya tentang beberapa soalan untuk pengesahan. Kemudian… haa siap untuk login.

CTOS

Selepas login tu, Budiey kena tunggu selama sejam macam tu untuk CTOS Score generate report. Korang kena buat cepat la sementara ia diberi percuma ni.

CTOS

Dan… ini keputusan skor yang Budiey dah buat tu. Peringkat selamat lagi kot.

Apa yang lebih penting ialah, kempen ini dapat memberikan informasi yang tepat kepada semua. Lebih tepat lagi kita dapat mencegah pencuri identiti.

Selain melalui laman sesawang, anda juga boleh memuatturun aplikasi CTOS di telefon bimbit, Biometric scanning dan juga pendaftaran secara manual dengan mengisi borang.

Sempena pelancaran kempen ini juga, CTOS turut memperkenalkan rakan industrinya yang pertama iaitu Alliance Bank Malaysia Berhad. Dan bagi pengguna yang layak memperolehi Skor CTOS yang baik pada Laporan Skor MyCTOS mereka layak menikmati:-

  1. Kadar Deposit Tetap/Kadar Deposit Bertempoh-i yang lebih baik iaitu 3.70% setahun bagi perletakan 3 bulan (amaun deposit minimum RM25,000) dengan Alliance Bank.
  2. Kadar daripada serendah 4.99% rata stahun dengan Pinjaman Peribadi CashFirst Alliance.
  3. Sehingga RM200 Baucer Tunai apabila pelanggan membelanjakan sekurang-kurangnya tiga kali (segingga RM1,600) bagi Ahli Kad Kredit Alliance Bank baru.
  4. 0% Pindahan Baki bagi pelan sehinggan 12 bulan dengan amaun pindahan minimum RM3,000

Akhir sekali, jom pakat ramai-ramai dapatkan laporan Skor CTOS di http://www.ctoscredit.com.my atau melalui aplikasi mudah alih CTOS bagi peranti Apple dan Android.

CTOS

CTOS

CTOS

CTOS

CTOS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gegar Vaganza Minggu Ke-4 Bawa Tema DUET VAGANZA

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem DISNEY’S MOANA