in

Anis Al Idrus, Saharul Ridzwan & Zara Zya di Pelancaran Estetika Medispa Shah Alam

Pusat kecantikan wajah Estetika Medispa secara rasminya melancarkan pembukaan cawangan keenam di Shah Alam pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Dr Alina Hasni Mohamad Rashid berkata, permintaan yang tinggi membuatkan pusat kecantikan ini berkembang kepada enam cawangan dalam tempoh setahun ia ditubuhkan.

“Alhamdulillah, sejak dibuka pada tahun 2015, Estetika Medispa terus berkembang dan membuka enam cawangan di seluruh negara.

“Kami juga dalam perancangan untuk pembukaan cawangan Kota Bharu dan Pulau Pinang dalam masa terdekat,” ujarnya.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran Estetika Medispa cawangan keenam di Shah Alam.

Lima cawangan lain ialah di Bangi, Ampang, Melaka, Kuantan Pahang dan Terengganu.

Turut hadir memeriahkan majlis pelancaran tiga selebriti terkenal iaitu Saharul Ridzwan, Zara Zya dan Anis Al Idrus.

Selain itu, beliau berkata, keistimewaan Estetika Medispa ialah mengabungkan cara rawatan teknologi moden dan tradisional dengan menggunakan produk berkualiti tinggi yang selamat dan berkesan.

“Kami lebih mengutamakan hasil dan kepuasan pelanggan berbanding keuntungan semata-mata.

“Teknologi terkini digabungkan dengan cara tradisional yang terbukti selamat serta berkesan,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, Estetika Medispa turut menyasarkan keuntungan sebanyak RM2 juta pada tahun ini.

Estetika Medispa diterajui oleh Pengarah Eksekutif Dr Abdul Haq Wasa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Debaran Anugerah Juara Lagu 31 Bermula

Gegar Vaganza Minggu Ke-4 Bawa Tema DUET VAGANZA