in

Cara Untuk Dapat 100 Mata Ganjaran BIG Dengan PERCUMA

Sebagai salah satu usaha merealisasikan proses daftar masuk automatik dan seterusnya meningkatkan pengalaman perjalanan untuk tetamu di klia2, AirAsia akan memberi sebanyak 100 mata ganjaran BIG kepada para tetamu yang melaksanakan proses daftar masuk melalui web dan mencetak pas masuk sendiri atau daftar masuk menggunakan alat mudah alih sebelum tiba klia2 untuk jangkamasa terhad.

Lakukan Daftar Masuk Sendiri Melalui Web dan Mudah Alih Bagi Perjalanan dari klia2 dan terima 100 Mata Ganjaran BIG!

[dropcap]W[/dropcap]ow! Mudah je caranya. 100 mata ganjaran BIG tersebut akan dikreditkan secara automatik ke akaun tetamu AirAsia yang telah melakukan proses daftar masuk melalui web atau alat mudah alih dan yang telah mencetak pas masuk mereka. Daftar masuk melalui web dan mudah alih boleh dilakukan seawal 14 hari dan sehingga 1 jam sebelum waktu berlepas bagi penerbangan AirAsia dan sehingga hingga 4 jam sebelum waktu berlepas untuk semua penerbangan AirAsia X.

Tetamu yang telah melakukan daftar masuk sendiri di rumah boleh terus ke pintu berlepas apabila tiba di klia2, membolehkan mereka melangkau barisan panjang sebelum ke pemeriksaan Imigresen dan Kastam.

Sementara itu, tetamu yang mempunyai bagasi untuk didaftar masuk boleh teruskan ke kaunter “Baggage Drop” dan melangkau proses daftar masuk di lapangan terbang.




Terdapat juga kaunter pemeriksaan dokumen khusus di klia2 untuk kemudahan para tetamu untuk memeriksa dokumen perjalanan mereka.

Tetamu dengan tempahan berkumpulan, kurang keupayaan atau dengan keperluan khas boleh terus ke kaunter perkhidmatan di lapangan terbang berlepas untuk bantuan.

AirAsia juga ingin mengingatkan para tetamu bahawa kaunter Baggage Drop ditutup 1 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan untuk semua penerbangan AirAsia, dan pilihan layan diri termasuk Daftar Masuk sendiri dan Tag bagasi sendiri adalah beroperasi sepenuhnya di klia2.

Ikuti promosi dan aktiviti terkini AirAsia melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CYRILL HASSAN

Peraduan Premiere With Budiey – Filem SHIN GODZILLA

Temubual Eksklusif Bersama Pengarah Pemasaran PLAY-DOH