Salam 1Malaysia buat semua pembaca. Hati Budiey rasa sangat sedih melihat dunia yang makin rosak dibedil bom, roket dan peluru hidup. Bumi yang hijau dibasahi belerang panas kerana kerakusan kuasa. Pembunuhan dan pengebom bom berani mati semakin berleluasa. Jadi, maka dengan itu, bersyukurlah kita kerana dilahirkan dalam negara yang aman sentosa seperti di Malaysia ni.
Namun, Budiey tengok sejak beberapa tahun sudah, tahun demi tahun rakyat Malaysia semakin negatif dan agresif. Pergaduhan, kecaman di sosial media serta isu racisme menjadi-jadi. Malah apabila orang ingin berbuat baik pun dimaki dan dicaci. What is happening to our country? Ini bukan Malaysia yang Budiey kenal.
Sepatutnya, kita menjadi lebih maju. Maju dari segala segi termasuklah tingkah laku. Bukan sahaja dari ekonomi semata-mata. Malah kita nak keperibadian dan nilai insan itu juga turut maju dan lebih baik.
Tengok sahaja video di bawah ini dan anda akan dapat saksikan sendiri apa yang Budiey cuba perkatakan. Nantikan video yang lebih terperinci nanti ya sebab video ini hanya teaser untuk korang sahaja.
Learn what being a true Malaysian really means. Yang salah kita betulkan, yang betul kita sempurnakan. Itu yang sepatutnya kita lakukan demi memastikan negara kita aman.
Bersyukurlah kerana kita masih boleh bangun dari tidur dan bersarapan dengan roti canai dan nasi lemak kegemaran di kedai mamak tanpa ada catuan makanan. Bersyukurlah kerana kita masih boleh bekerja mencari sesuap nasi demi menyara keluarga dengan lancar dan tanpa halangan. Bersykukurlah kerana kita masih boleh bersiar-siar dan membeli belah tanpa peluru hidup berterbangan. Bersyukurlah juga kerana kita boleh melelapkan mata di malam hari tanpa mendengar dentuman bom.
Semoga Tuhan melindungi negara kita yang tercinta ini dari sebarang malapetaka.