in

Filem ROCK BRO Rimba Bara Kembali Menggegarkan Tanah Air

Rimba Bara Kembali Menggegarkan Tanah Air! Saksikan kesudahan pengembaraan RIMBA BARA dalam #RockBro! di pawagam seluruh negara bermula 27 Oktober ini!

Setelah sambutan yang amat menggalakkan terhadap siri filem Rock! iaitu Rock! dan Rock Oo!, Primeworks Studios kini menampilkan Rock Bro! “Kembali Ke Pangkal Jalan”. Filem terbitan Grand Brilliance dan Enjit Semut ini merupakan naskhah terakhir bagi siri filem Rock ini yang diarahkan oleh Mamat Khalid.



Primeworks Studios Mempersembahkan Bahagian Terakhir Trilogi Filem ROCK BRO! KEMBALI KE PANGKAL JALAN

[dropcap]M[/dropcap]ampukah RIMBA BARA menuju ke puncak demi mempertahankan kewujudan mereka di persada muzik tanah air?

Sebuah trilogi arahan Mamat Khalid di terajui Khir Rahman serta penampilan bersama Soffi Jikan, Pekin Ibrahim dan Azmi Bahron. Nantikan penampilan khas bintang-bintang rock ternama seperti Dato’ Hattan, Man Kidal dan Black Wings.

Poster ROCK BRO

Filem Rock Bro! memaparkan kesukaran zaman rock di Malaysia sekitar awal tahun 1990, melalui penceritaan yang disulami dengan lawak jenaka dan drama kehidupan.

[pullquote align=”right”]Dalam trilogi terakhir ini, filem ini diceritakan dari sudut pandangan ketua kumpulan, Jijo (Khir Rahman), mengenai kisah hidup mereka ketika Rimba Bara telah dikenali ramai sebagai kumpulan rock terkenal.[/pullquote]

Sepanjang penglibatan mereka di dalam kumpulan itu, pelbagai rintangan harus mereka lalui, ditambah pula dengan kemelut politik dan perubahan landskap yang sedang melanda industri muzik pada ketika itu. Mampukah kumpulan Rimba Bara terus menuju ke puncak atau adakah mereka akan gagal mempertahankan matlamat Rimba Bara di persada muzik tanahair?

Filem Rock Bro! “Kembali Ke Pangkal Jalan” menampilkan pendukung-pendukung utama yang pernah membintangi filem-filem Rock! yang terdahulu iaitu Khir Rahman (Jijoe), Soffi Jikan (Zul Kapan), Pekin Ibrahim (Slash Haji Tapah) serta Norazmi Bahron (Black). Filem ini turut menampilkan penampilan khas daripada bintang-bintang rock ternama tanahair seperti Dato’ Hattan, Man Kidal dan Black Wings.

Filem edaran Primeworks Distribution ini bakal menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 27 Oktober ini !
Ikuti perkembangan filem Rock Bro! “Kembali ke Pangkal Jalan” melalui akaun media sosial Grand Brilliance di www.facebook.com/grandbrilliance, https://twitter.com/GrandBrilliance dan @GrandBrilliance di Instagram.

#RockBro
#RockersBersatu
#LastNi
#PrimeworksDistribution
#GrandBrilliance
#PrimeworksStudios
#Filem

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Cara Untuk Sertai Misi Ejen Rahsia Di Pementasan TEATER EJEN ALI

Peraduan Menang Merchandise Filem MARVEL’S DOCTOR STRANGE