in

Dokumentari Pembinaan Menakjubkan di Asia Dalam MAN MADE MARVELS : ASIA

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan dokumentari berkongsi sejarah mengenai penciptaan, reka bentuk, pembangunan dan kejayaan teknologi besar-besaran yang paling menakjubkan di dunia pernah dilihat dihasilkan oleh manusia yang merangkumi pelbagai bidang khususnya di negara-negara Asia.

Menerusi dokumentari “Man Made Marvels : Asia” mulai 19 September ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.30 petang mengisi slot World Watch di TV1, program 12 episod mengangkat projek mega unggul ini antaranya merangkumi pembinaan Menara Berkembar Petronas di Malaysia, Korea KTX High-Speed Rail, Taiwan Hsueshan Tunnel dan Gedung Pencakar Langit Taipei 101, Akuarium Okinawa Churuami di Jepun dan roket H-IIA.

Man Made Marvels : Asia

Dokumentari Pembinaan Menakjubkan di Asia Dalam “Man Made Marvels : Asia” Mulai 19 September Ini Di TV1

[dropcap]J[/dropcap]om Ikuti episod “Sydney Opera House” mengimbas kembali sejarah dan pembinaan Sydney Opera House di Australia. Bangunan ini yang di rekabentuk oleh Jorn Utson mengambil masa 14 tahun untuk disiapkan. Rekabentuk yang agak unik dan susah ini mengambil masa terlalu lama untuk dibina dan arkiteknya Denmark itu merajuk dan tidak mahu lagi terlibat dengan pembinaannya apabila pihak Perbandaran Sydney menekankan beliau untuk mempercepatkan lukisan pembinaannya.




[pullquote align=”right”]Pihak Perbandaran seterusnya melantik sekumpulan arkitek untuk menyiapkannya pada tahun 1973 selepas 14 tahun. Opera House menjadi ikon negara Australia dan diistihar sebagai Kawasan Warisan Sedunia pada tahun 2007.[/pullquote]

Namun selepas 50 tahun wujudnya bangunan itu kini ia perlu pembaikpulihan seiring dengan zaman sekarang.

Dalam episod “Okinawa Churaumi Aquarium” menunjukkan usaha pembinaan Akuarium di Okinawa, Jepun. Akuarium terbesar di Asia ini mempunyai cermin pemandangan yang luas sepanjang 73 kaki. Akiteknya Yukifuso Yakuwa adalah seorang tempatan di kepulauan itu dan akuarium itu direkabentuk dengan konsep yang membawa laut ke darat. Akuarium ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang sesuai kepada ikan dan terumbu karang seperti suhu, oksigen, turasan dan sebagainya.

Tangki airnya kini memuatkan tiga ekor ‘ Whale Shark ‘, atau ikan paus jerung. Ikan ini adalah yang terbesar dan terberat antara beribu-ribu spesis ikan laut. Akuarium ini yang dibuka pada tahun 2002 kini mempunyai banyak spesis yang dibiakkan di akuarium itu sendiri.

Kongsikan rahsia dalam episod “Singapore Marina Barrage” meninjau usaha Singapura untuk menyimpan dan menggunakan air dengan berhemah. Singapura telah menggunakan teknologi baru untuk melaksanakan projek-projek gergasi dalam penggunaan air. Projek Marina Barrage merupakan takungan air hujan dan air darat. Projek ini agak unik kerana air takungan di beberapa buah kuala sungai tidak akan mengalir ke laut dan air laut juga tidak akan bercampur dengan air takungan.

Man Made Marvels : Asia

Di samping itu Singapura juga telah melaksanakan projek untuk untuk menjernihkan air pembentungan. Pada keseluruhannya episod ini memaparkan penggunaan teknologi dan kepintaran manusia untuk mencapai kejayaan. Pengarah Agensi Air Kebangsaan Singapura, Khoo Teng Chye dan rakan-rakannya, Woo Lai Lynn, Yap Keng Guan, jurutera projek Marina Barrage, Su Pui Lin dan Menteri Alam Semulajadi Singapura Dr. Yaacob Ibrahim memberi pandangan dan pengalaman mereka dalam mengendalikan projek-projek itu.

Usah ketinggalan menyaksikan episod “Petronas Twin Towers” memaparkan mengenai pembinaan Bangunan Kembar Petronas di Kuala Lumpur. Pembinaannya memakan masa selama 8 tahun. Antara keunikan lain adalah bangunan ini mempunyai ‘skybridge’ yang tertinggi dan asasnya menular beberapa puluh meter ke dalam tanah. Rekabentuknya menampilkan ciri-ciri Islam mengikut arkiteknya, Cesar Pelli daripada Argentina.

Bangunan ini sangat kuat kerana dibina menggunakan keluli dan konkrit khas. ‘Skybridge’ atau jambatan atas langit terletak di tingkat ke 42 bangunan ini dan merupakan antara yang paling tinggi yang pernah dibina. Sebuah kubah dan tiang komunikasi diatas bangunan-bangunan ini menjadikannya antara bangunan yang tertinggi di dunia. Arkiteknya Cesar Pelli, Arlida Ariff pengurus, KLCC, pengurus rekabentuk, S.Ragupathy, pengarah projek, Steven Tong, pengarah KLCC, P.Krishnaswamy, Chris Landry, Hashima Hashim dan Simon Jefferey memberi pandangan dan berkongsikan pengalaman mereka.

Beberapa lagi episod mengujakan termasuklah “Korean Express” memaparkan mengenai pembinaan landasan keretapi laju dan moden di Korea Selatan.

Keretapi yang dinamakan ATX menghubungkan Seoul, ibu negara Korea dengan Busan, sebuah bandar pelabuhan yang terletak 412km jauh di bahagian timur negara itu. Keretapi ini boleh mencapai kelajuan 300kmsj. Pandangan dan pengalaman para jurutera dan pentadbir yang terlibat dengan projek gergasi ini juga dimuatkan.

Man Made Marvels : Asia

Menerusi episod “Kl Flood Control” pula mengenai langkah besar-besaran untuk mengawal air banjir di Bandaraya Kuala Lumpur. Pelbagai pihak yang terlibat dengan projek itu telah berkongsi pandangan dan pengalaman mereka dalam rancangan ini. Mereka terdiri daripada Ketua Pengarah Jabatan Parit dan Saliran Malaysia, Dato’ Keizrul Abdullah, jurutera-jurutera utama David Parks, Gus Klados dan Stephen Gray dan Kevin Ashdown. Diikuti dengan episod “Changi Airport” pembinaan terminal 3, di Lapangan Terbang Changi, di Singapura. Lapangan terbang terminal 3 ini mengambil masa 7 tahun untuk dibina dan lapangan ke 4 sedang dalam rancangan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tak Sabar Nak Ke Konsert Rumour Has It Adele Her Life & Songs

Kuasa Veto Mursyid Kekalkan Da’i Irfan dalam Da’i Pendakwah Nusantara