in ,

Donna Muslim Akui Rita Rudaini Banyak Beri Bimbingan

Hos program HLive, Donna Muslim, 27, yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Rita Rudaini, 40, mengakui wanita itu banyak mengajar dan membimbingnya.

Diminta mengulas lanjut kemesraan yang terjalin antara mereka, Donna ketika dihubungi memberitahu, mereka mula saling kenal ketika menghadiri satu majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri yang lalu.

“Mengenali Rita, saya sukakan sifat berdikari yang ditunjukkannya. Sangat gigih bekerja demi membesarkan anak-anaknya dan menyara kehidupan.

Rita Rudaini

“Dia tidak pernah berhenti daripada sentiasa mencuba sesuatu termasuklah kini menerusi perniagaan restorannya iaitu Rumah Kueh di Kota Damansara yang semakin berkembang maju,” katanya kepada Utusan Online.

Donna menambah, kunjungannya ke Rumah Kueh untuk bertemu dengan ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu bukan disebabkan mereka sedang bercinta, tetapi lebih kepada hubungan sebagai rakan yang saling berkongsi pengalaman tentang dunia hiburan.

Katanya lagi, sebagai pendatang baharu, perkongsian yang diceritakan Rita itu amatlah berguna dijadikan rujukan atau teladan untuknya terus bertahan mengharungi ombak badai dunia seni yang penuh dugaan.




“Dari situlah kemesraan kami mula terjalin dan keselesaan itu datang dengan sendirinya,” ujar Donna yang lahir daripada program On Air kendalian Datuk Aznil Nawawi itu.

Dalam perkembangan lain, Donna baru saja berjinak-jinak terjun ke bidang lakonan apabila ditawarkan membintangi siri Suri Hati Mr. Pilot di bawah arahan Michael Ang untuk siaran Astro Ria di samping hero Fattah Amin dan heroin, Neelofa Noor. –

Sumber: Utusan Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Redha Menang Tiga Anugerah di Festival Filem Islam Antarabangsa Karzan

15 Fakta Tentang PLAY-DOH Yang Anda Patut Tahu