in ,

Yang Bakal Anda Alami Apabila Menginap di Aston Kuta Hotel & Residence Bali

Di antara pantai peranginan yang sering menjadi tumpuan di Indonesia sudah tentulah Bali yang terkenal dengan pantai-pantainya. Ia terletak tidak berapa jauh Malaysia (sekitar tiga jam penerbangan dari Kuala Lumpur) dan merupakan salah satu destinasi percutian paling popular di dunia. Bali kini terus membangun sebagai pusat hiburan buat mereka yang mencari ketenangan di tepi pantai serta sedikit hiburan sampingan bersama keluarga.

Aston Kuta Hotel & Residence

Yang Bakal Anda Alami Apabila Menginap di Aston Kuta Hotel & Residence Bali

[dropcap]T[/dropcap]erkenal dengan Pantai Kuta yang menjadi pusat segala aktiviti Bali, kota ini juga diwarnai dengan ratusan tempat-tempat penginapan yang menarik. Di antara hotel yang paling popular di Kuta adalah Aston Kuta Hotel & Residence.

Hotel yang berada di bawah payung jenama hotel Aston (yang sangat terkenal di Indonesia) ini terletak sekitar 5 minit sahaja dari lapangan terbang antarabangsa Ngurah Rai dan tidak jauh dari kawasan pantai lain seperti Legian dan kawasan sekitarnya. Hotel ini menempati satu kawasan yang besar tidak terlalu jauh dari pantai Kuta sendiri. Ini terletak berdekatan kawasan membeli-belah serta jalan-jalan hiburan yang lain.

Kesemua unit penginapan direka khas bagi menepati ciri-ciri pelancong masa kini. Terdapat pelbagai jenis bilik, termasuklah yang bertema khas seperti Family Room yang diwujudkan bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak.

Ada juga unit Premiere Suite yang mempunyai kemudahan seperti ketuhar gelombang mikro, pembakar roti dan kemudahan lain yang biasa ada di bilik-bilik hotel moden masa kini. Tersedia juga bilik yang mempunyai laluan terus ke kolam renang yang sesuai buat keluarga dengan kanak-kanak.




Soal menjamu selera pula terdapat banyak pilihan makanan di restoran hotel ini. Dan yang pasti kesemua makanan di restoran hotel ini dijamin halal. Restoran mereka terkenal dengan aneka sajian antarabangsa serta hidangan khas tempatan.

[pullquote align=”right”]Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai anda boleh beriadah di gymnasium mereka buat tamu yang suka bersenam.[/pullquote]

Di samping itu, hotel ini juga mempunyai bilik-bilik khas untuk penganjuran mesyuarat serta dewan untuk acara-acara yang besar seperti seminar dan jamuan.

Pendek kata, hotel ini mempunyai segala-galanya bagi mereka yang ingin bercuti dan bergembira bersama yang tersayang. Jadi pastikan ia menjadi salah satu hotel pilihan anda jika berwisata ke Bali.

Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik iaitu hanya 5 minit dari Lapangan Terbang Ngurah Rai Bali, persekitarannya pasti menyenangkan setiap yang berkunjung ke sini!

Aston Kuta Hotel & Residence

Aston Kuta Hotel & Residence

Pilihan sesuai buat percutian keluarga di Bali : Aston Kuta Hotel And Residence
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pergi Lebih Jauh Ke Asia Dan Seterusnya Dengan Promosi Tambang Rendah Airasia

Drama Khas Aidiladha RINDU BERTEMU TUHAN & JALAN SEHALA di TV2