Bermula dengan menghasilkan single solo masing-masing, akhirnya penyanyi adik beradik kepada Dato’ Siti Nurhaliza – Saida & Sairah memilih untuk muncul dalam sebuah album duo yang diberi judul Apresiasi.
Budiey difahamkan album duo ini sangat bermakna buat Saida & Sairah kerana album ini menjadi simbolik. Apresiasi punya makna tersendiri. Satu penghargaan, sanjungan dan penghormatan buat semua pihak yang bekerja keras menyokong kerjaya mereka. Selain itu, sudah tentu penghargaan yang tiada tolak bandingan buat keluarga dan juga orang sekeliling khususnya para peminat.
Pada jam 8 malam tadi (16 April 2010), Budiey berpeluang untuk menyaksikan Majlis Pelancaran Album Duo Sairah & Saida berjudul Apresiasi di mana majlis ini diadakan serentak dengan Majlis Meraikan Ulangtahun ke-15 Dato’ Siti Nurhaliza di Persada Seni.
Jam 8.30 malam, majlis bermula setelah Saida & Sairah masuk ke dewan yang dihiasi dengan tema hitam dan merah bersama dengan boss SNP Productions yang datang bersama suaminya. Juga Pak Engku yang menaja dewan serta hidangan Melayu penuh kelazatan pada malam itu.
DST bersama suami. Antara tumpuan utama pada malam itu. Itu sudah tentu!
Saida & Sairah mengenakan rekaan Rizman Ruzaini. Tema pastel lembut. Ayu.
Budiey sempat menyapa Sairah.
“Wah, Sairah, cantik baju.”
“Hiii… alaa Budiey… badan naik nih…”
Budiey pun ada menyedari badan Sairah dah berisi sikit. Mmm… nak kena jogging dan diet lagi nih. Apa kata, jangan makan nasi atau beli produk SIY dari Mas.
Album duo – Apresiasi ini sebenarnya sudah pun berada di pasaran pada 22 Februari 2010 yang lalu. Tapi pada malam tadi adalah detik bersejarah bagi dua beradik itu kerana telah selamat melancarkan album mereka di satu majlis yang sangat meriah.
Album yang diedarkan oleh Suria Records ini boleh dibeli dengan harga RM19.90.
Yang menarik pada majlis malam tadi, Sairah dan Saida bukan sekadar bergabung dengan Siti Nurhaliza, malah adik beradik yang lain turut sama mendendangkan sebuah lagu yang yang begitu simbolik berjudul Kini Dikau Jauh, sebagai satu penghargaan 5 beradik ini buat arwah bapa kesayangan mereka yang telah pun tiada di sisi mereka. Lagu ini turut menampilkan Ayie (dulunya bergelar penyanyi sebelum Siti dan adik mereka, Ali.
Majlis yang diadakan ini di Tingkat 4, Wisma PKPS, Shah Alam ini turut dihadiri oleh insan-insan yang banyak membantu menaikkan nama Dato’ Siti Nurhaliza dari awal kemunculan hingga kini, termasuklah komposer terkenal, penulis lirik, syarikat rakaman SRC, sanak saudara, keluarga, jurusolek, pereka fesyen, wartawan dan peminat (Sitizoners).
Bagi memberkati majlis, sekalung doa dimohon. Dibaca oleh Salleh, bekas anggota Brothers yang juga pak guru bahasa Arab CT sepanjang pembikinan album DCT – Tahajjud Cinta.
Selain persembahan yang dirancang oleh pihak SNP untuk suprise Siti Nurhaliza, juga ada tayangan slot video yang memaparkan berita-berita kejayaan penyanyi ini di media cetak. Tak lupa dipaparkan ucapan daripada selebriti & media:
Kali ini, Siti Nurhaliza dipanggil untuk naik ke pentas bukan sekali, tapi sebanyak 2 kali untuk memberikan ucapan.
Hos Ahmad Fedtri Yahya juga menjemput 3 orang komposer yang pernah terlibat dengan Siti Nurhaliza untuk menceritakan tentang pengalaman indah mereka bersama penyanyi itu.
Turut dipanggil untuk melancarkan album ini ialah ibu kepada ketiga-tiga penyanyi ini, Puan Siti Salmah Bachik. Majlis dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya yang sangat periang, berbahasa dengan tutur yang indah manis bermadah.
Ketiga-tiga artis ini telah menggayakan rekaan Rizman Ruzaini yang berwarna merah jambu dan hijau pastel yang sangat lembut.
Siti Nurhaliza juga dikejutkan dengan penyanyi kecil molek berbangsa Cina, Crystal Lee yang membawa 2 buah lagu Siti Nurhaliza dengan gaya comel yang tersendiri iaitu lagu Cindai dan Destinasi Cinta. Juga dimeriahkan lagi dengan persembahan Jaclyn Cinta dan Wada, Juara Idola Kecil 2008 yang menghiburkan hadirin dengan rangkaian medley lagu-lagu Siti Nurhaliza.
Video Sekitar Pelancaran Apresiasi:
Saida & Sairah menyifatkan album ini merupakan satu platform untuk mereka terus berdiri dalam industri seni, bukan untuk menumpang populariti Siti Nurhaliza tapi jauh dari itu untuk membuktikan mereka begitu serius untuk jadi penyanyi yang berjaya seperti CT Nurhaliza.
Seperti biasa, peminat adalah tulang belakang yang pastinya akan menentukan kejayaan mereka.
Saida & Sairah berdua puas dengan kelahiran album ini yang begitu bermakna dalam sejarah karier mereka.
Selain berduet dengan seorang peminat daripada geng Sitizoners yang bernama Siti Fairuz untuk lagu Amarah, Siti Nurhaliza juga menjemput beberapa orang wartawan terkenal untuk berduet bersamanya. Mantap!
Rasanya ramai yang tersentuh dengan lirik lagu Kini Dikau Jauh ini.
Seawal lagunya lagi menceritakan tentang saat terakhir serta dilontarkan janji-janji pada si ayah yang telah tiada. Antara yang Budiey boleh petik dalam lirik ini:
1. Apakah rasa yang berdetikan di hatimu
Kali pertama waktu kau pandang kepadaku
Pastinya cinta yang setulus-tulusnya
Terakhir untukku
Lewat ke hujung masa
2. Selaut rindu semakin luasnya terbentang
Ku lakarkan kasih yang kini semakin kenangan
Takkan ku cemar kesucian semua yang bererti padamu
walau kini kau jauh
kau ku teruskan cinta yang kau curahkan dulu
dalam pandangan dan amalan dan perasaan
jadikan kekuatan buatku menempuh hari
Kan ku teruskan cinta yang kau serah dulu
jadi azimat berharga yang tiada tara
Video rakaman Budiey semasa mereka menyanyikan lagu Kini Dikau Jauh