in

Siti Nur Fatimah Buhari Jadikan Ibu Sebagai Idola

Majlis pelancaran koleksi Ready To Wear (RTW) dan Eidul Adha 2016 Siti Buhari di Zebra Square telah diadakan pada 4 September lalu.

Anak bongsu pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Siti Nur Fatimah Buhari menjadikan arwah ibunya itu sebagai idola dalam hidup.

Menurut Siti; 19, ibu merupakan insan yang paling dikaguminya dan dia mahu mencontohi semangat kental arwah dalam menjalankan perniagaan

Sosilawati bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin, 47, dan pegawai CIMB Bank, Norhisham Mohammad, 38, mati dibunuh secara tragis ketika umat Islam sibuk bersiap menyambut Aidilfitri pada Ogos 2010.

Lunch Siti Bohani

Mengakui kematian tragis ibunya meninggalkan trauma mendalam memandangkan dia kehilangan ibu dalam usia yang cukup muda iaitu seawal 13 tahun, Siti berkata:

“Walaupun ibu seorang ahli perniagaan yang sibuk, tapi dia sentiasa ada masa untuk kami anak-anak. Ibu akan masak sebelum pergi kerja dan dia juga menggunakan kesenangannya untuk membantu orang lain di luar sana.

“Sejak dari dulu, saya menanam minat untuk mencipta empayar bisnes sendiri, sama seperti arwah ibu.”

Siti Buhari, label fesyen yang diasaskannya sejak April lalu mengetengahkan konsep rangkaian pakaian elegan, sofistikated dan Muslimah-friendly.

SITI NUR FATIMAH DATO' SOSILAWATI

Mengakui bidang rekaan fesyen cukup dekat dengan dirinya, Siti memilih rangkaian pakaian sopan untuk wanita bagi jenama miliknya.

Untuk koleksi Eidul Adha sebanyak 10 rekaan eksklusif dikeluarkan dengan setiap keluaran hanya 120 helai sahaja.

Warna pastel seperti peach, coklat lembut dan hijau mint banyak melatari koleksi Eidul Adha serta rekaan minimal renda bagi mewujudkan konsep minimalis yang segar untuk penggemar fesyen tempatan.

Seleksi RTW Siti Buhari pula lebih banyak bermain dengan warna-warna asas seperti hitam, coklat dan merah.

RUHAINIES MENGGAYAKAN REKAAN AMANDA

Pelakon Ruhainies Menggayakan Koleksi Ready To Wear Siti Buhari.

Yang menarik, kesemua koleksi Siti Buhari ini dijual pada harga mampu milik iaitu kesemuanya di bawah harga RM350.

“Kesemua koleksi ini mula dijual di stor jualan atas talian Fashion Valet bermula pertengahan bulan ini dan kami juga akan menjualnya di vendor-vendor seluruh negara,” katanya yang cukup mengagumi rekaan pereka tempatan seperti Nurita Harith dan Mimpi Kita.

Untuk rancangan jangka pendek, Siti berharap impiannya untuk membuka butik menjelang tahun hadapan akan terlaksana.

Ditanya sama ada dia takut dibayangi nama ibunya, anak bongsu dari enam beradik itu dengan optimis memberitahu, dia tidak pernah jemu bercerita mengenai kehebatan ibunya, malah tidak rasa terganggu pun jika dikaitkan dengan mewarisi tuah anak jutawan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini 11 Sebab Kenapa Brunei Haramkan Filem PEKAK

Dokumentari Khas HARIMAU MALAYA 1980 Rai Wira Bolasepak Malaysia