Sejak umur 3 tahun, Didi Astillah sudah memulakan perjalanan seni beliau. Anak kelahiran Sandakan, Sabah, ini kini berusia 19 tahun.
Kerjaya Didi bermula dengan sebuah album bertajuk “Adik-Adik Mutiara” bersama kakaknya Bella Astillah dan mereka juga pernah memiliki 10 buah album sejak itu.
Didi Astillah Bergabung Bersama Nawhki Lahirkan Lagu PERCAYA
[dropcap]D[/dropcap]engan namanya yang kian meningkat naik sejak menyertai program realiti TV, ‘Idola Kecil’ musim pertama anjuran TV9 dan ‘Kamilah Bintang’ terbitan Astro, Didi Astillah kini bersedia untuk melangkah lebih jauh bersama syarikat rakaman Paranormal yang mempunyai artis-artis besar di bawah naungan mereka seperti Elizabeth Tan dan juga Aisyah Aziz.
Didi kini tampil lebih segar dan matang bergabung bersama Ikhwan ataupun nama pentas beliau, Nawhki, di dalam single terbaru mereka, “Percaya”.
Nawhki merupakan seorang radio announcer yang sudah lama berkhidmat di stesen radio Hot.fm selama 10 tahun. Beliau juga sudah lama di dalam industri perfileman sebagai seorang pelakon untuk drama-drama dari TV3, TV9 dan juga Astro.
Tetapi minat sebenar anak kelahiran Kuala Lumpur ini adalah cinta beliau terhadap seni suara. Beliau pernah berganding bersama RJ, Daly Ahli Fiqr/Filsuf dan juga kumpulan Dynda.
Kini, tahun 2016 merupakan detik permulaan baru buat Nawhki yang akan berkolaborasi bersama Didi di dalam lagu “Percaya” yang bercorakkan Pop Bossa. Lagu ini dikarang oleh Jamiel Said dan Aiyad Sakti dan lirik oleh Jamiel Said dan Nawhki.
[pullquote align=”right”]Jamiel Said juga merupakan Executive Producer untuk lagu “Percaya” dan beliau memilih Nawhki dan Didi untuk menyanyikan lagu ini kerana yakin dan percaya dengan aura, kebolehan dan juga profesionlisme mereka berdua untuk menjayakan “Percaya”.[/pullquote]
Lagu “Percaya” ini adalah kisah seseorang yang pernah terluka dalam percintaan tetapi rasa sayang itu masih ada. Masalahnya, dia masih ragu untuk memberi peluang kedua terhadap cinta yang lama kerana takut akan dilukai lagi.
Muzik video “Percaya” diarahkan oleh seorang pengarah muda tempatan iaitu Hazmil yang pernah membuat video shoot untuk Altimet dan DJ Fuzz.
Video “Percaya” ini berkonsepkan santai di pantai Cherating bersama sebuah van kombi vintage dan mengambil masa 2 hari untuk selesai. Meskipun lagu ini memaparkan sebuah cinta yang gagal, namun aura MTV ini berteraskan emosi dan mood yang ‘playful’.
Ia menunjukkan bahawa kita tidak perlu terlalu serius terhadap cinta yang gagal dan harus bersikap positif dan santai untuk maju ke hadapan.
‘Percaya’ nyanyian Nawhki feat Didi Astillah merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.