in ,

Bekas Bakal Suami Fara Fauzana Tidak Pernah Kahwin

Bekas bakal suami kepada Fara Fauzana, Mohamed Hafiz Badiuzzaman, 30, menafikan pembatalan majlis pernikahannya dengan pengacara itu disebabkan kononnya dia berstatus suami orang.

Bekas bakal suami Fara Fauzana

Hafiz berkata, sebelum dan sewaktu majlis tersebut dibatalkan, dia masih bujang dan tidak pernah merahsiakan statusnya itu daripada pengetahuan Fara sebelum ini.



“Saya tidak pernah berkahwin dan merahsiakan perkara ini daripada dia. Pembatalan perkahwinan kami juga bukan disebabkan status saya seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar semalam,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikirimkan menerusi Whatsapp sebentar tadi.

Tambah Hafiz, dia pihak Fara selayaknya menjawab mengapa perkahwinan tersebut dibatalkan secara tiba-tiba.

Sementara itu, Hafiz bermohon supaya dirinya dan keluarga diberi ruang serta privasi kerana dia masih lagi cuba bertenang daripada pembatalan pernikahannya itu.

Sumber: Kosmo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SITI BUHARI – Inspirasi Fesyen Siti Dato’ Sosilawati Untuk Raya Haji

Jessie Chung Rocks & Dances the Night Away at Sunway Pyramid