SITI BUHARI, inspirasi fesyen anak bongsu Allahyarham jutawan kosmetik Dato Sosilawati Lawiya, Siti Nur Fatimah Buhari, 19 membuat penampilan dalam arena fesyen tempatan dengan pelancaran sulungnya, ‘About A Girl’ di ibu negara pada 4 September 2016 yang lalu. Ramai juga selebriti yang hadir, antaranya pelakon terkenal Ruhainies. Mira Filzah dan ramai lagi.
Sebagai pengenalan, Siti Buhari tampil dengan dua koleksi termasuklah rekaan sempena Aidil Adha serta ‘Ready To Wear’.
Koleksi Aidil Adha menampilkan rekaan kaftan berwarna pastel serta jubah hitam yang dijahit menggunakan material berkualiti tinggi.
SITI BUHARI – Inspirasi Fesyen Siti Dato’ Sosilawati
[dropcap]U[/dropcap]ntuk koleksi ‘Ready To Wear’, rekaannya lebih sederhana namun elegan. Dengan potongan feminin, setiap rekaan menawarkan sentuhan keanggunan tetapi mengekalkan keseimbangan antara kesopanan, gaya, keselesaan dan praktikal.
Beliau yang ingin dikenali sebagai Siti Dato’ Sosilawati berkata, rekaannya menggunakan fabrik seperti ‘heavy crepe’, organza, sifon dan lycra. Siti Buhari menambah perician seperti manik dan reben dengan padanan penggunaan warna yang berani seperti merah dan emas untuk menambah keanggunan pemakai
“Saya bekerja rapat dengan empat pereka tempatan sejak April lalu. Rekaan kami dizahirkan dengan bentuk feminin seperti ‘princess cutting’, peplum dan salah satu daripada rekaan kami adalah abaya untuk dipakai dengan palazo. Ia semuanya tentang elegan,” katanya bakal tampil dengan 20 jenis rekaan.
Sebagai permulaannya, harga yang ditawarkan tidak melebihi RM350.
“Impian saya ingin melihat jenama Siti Buhari mampu dimiliki oleh setiap penggemar fesyen tempatan. Saya merancang untuk mengukuhkan jenama Siti Buhari sebelum menembusi ke pasaran Asia Tenggara dalam tempoh tiga tahun akan datang. Ia sememangnya tidak mudah, namun kegigihan ibu saya membina jenama perniagaannya akan menjadi kekuatan untuk saya pergi jauh,” katanya lagi.
Koleksi Siti Buhari boleh didapati di instagram @sitibuhari_ serta bakal dipasarkan di platform beli belah Fashon Valet pertengahan September nanti. Selain itu, peminat fesyen juga boleh mendapatkan koleksi itu di Vendeur Festival, Pusat Konvensyen Persada, Johor Bahru sempena Minggu Fesyen Johor pada 9 hingga 11 September ini.