in

Loque & Aisyah Aziz Lagu Uda dan Dara Dalam Filem PEKAK

Komposer Loque menyifatkan pemilihan Aisyah Aziz sebagai pasangan duetnya menerusi lagu Uda dan Dara kerana menyukai sifat misteri yang ada pada penyanyi berasal dari Singapura itu.

Loque atau nama sebenarnya Khairil Annuar Ridzwan Alias, 38, berkata, dia melihat perkara itu sebagai tambah nilai buatnya sebagai komposer kerana dapat menerokai bakat yang tidak pernah ditonjolkan oleh wanita berkenaan.

“Saya sebenarnya tidak suka mengulangi apa yang pernah saya lakukan sebelum ini dan pemilihan Aisyah kerana ingin menampilkan sesuatu kelainan.

loque-monoloque

“Tambahan pula dia mempunyai sifat misteri yang membolehkan saya menerokai sisi berkenaan dan menghasilkan sesuatu berbeza.”

Uda dan Dara yang juga lagu tema filem Pekak bakal dimuatkan dalam album terbaharu penyanyi itu yang berjudul Jangan Puja Sampai Kecewa.

Uda dan Dara turut dijadikan lagu tema filem Pekak.




Tambah Loque, Aisyah mempunyai kualiti suara berbeza iaitu gabungan moden dan klasik yang membuatkan dia istimewa dan sesuai dengan lagu tersebut.

“Apa yang pasti ini bukan kali terakhir saya bekerjasama dengannya kerana saya tertarik dengan keunikan yang ada pada dia,” katanya.

Bercakap lanjut mengenai lagu berkenaan, Loque berkata, ia pada asalnya adalah versi solo yang digunakan sebagai skor kepada filem berkenaan.

Bagaimanapun, pengarah Pekak, Mohd Khairul Azri memintanya menghasilkan lagu tema untuk naskah berkenaan sebelum tampil dengan versi duet bersama Aisyah.

“Pada asalnya Uda dan Dara adalah versi solo dan digunakan sebagai skor dan saya hasilkan lagu ini berdasarkan watak Uda lakonan Zahiril Adzim yang cacat pendengaran.

“Saya cuba menzahirkan bagaimana ingin menghasilkan sebuah lagu dalam imaginasi seorang cacat pendengaran terhadap muzik,” ujarnya.

Loque kembali bergabung bersama kumpulan Butterfingers bagi menjayakan Festival Rockaway 2016.

Sementara itu, Loque berkata, album terbaharunya sudah pun siap sepenuhnya dan selain dalam bentuk fizikal dan digital ia turut dilancarkan dalam versi vinly (piring hitam).

“Uda dan Dara adalah lagu terakhir yang disiapkan dan Jangan Puja Sampai Kecewa akan memuatkan 10 buah lagu kesemuanya.

“Ia sudah sedia untuk dilancarkan namun kami masih menunggu versi piring hitam sebanyak 300 salinan yang diimport dari Amerika Syarikat siap dicetak,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Loque berkata, dia bakal kembali bergabung dengan kumpulannya iaitu Butterfingers bagi menjayakan Festival Rockaway 2016.

Kata Loque, mereka bakal mengadakan persembahan di Bukit Jalil Extreme Park Kuala Lumpur pada 19 November depan selepas lapan tahun tidak mengadakan persembahan bersama.

SUMBER: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keputusan Pemenang Kategori Malam Perasmian Festival Filem Malaysia Ke 28

Perlawanan Amal Hari Malaysia Dugong All-Stars vs Pilihan Harimau Malaysia