in

Ulasan Da’i Pendakwah Nusantara Episod Ke-6

Program realiti keagamaan Da’i Pendakwah Nusantara sekali lagi memberikan kejutan di mana tiada penyingkiran yang berlaku pada episod keenam. Markah kesemua peserta Da’i akan dibawa ke minggu hadapan dan secara automatik 8 peserta Da’i tersebut mara ke episod seterusnya.

Episod keenam Da’i Pendakwah Nusantara yang telah berlangsung pada 28 Ogos 2016 menampilkan hanya lapan peserta lelaki untuk meneruskan perjuangan. Da’i Saiful, Da’i Irfan, Da’i Hazman, Da’i Azrin, Da’i Nasrul, Da’i Syed, Da’i Niezal dan Da’i Ahmed telah menyampaikan tazkirah selama tiga minit yang bertemakan ’Adab 101” dengan penuh bertenaga dan berkesan.

Peserta Da'i berselawat

Ulasan Da’i Pendakwah Nusantara Episod Ke-6

Kesemua peserta telah menerima pujian yang tinggi daripada juri awam, juri profesional serta Mursyid, Murrabi dan Murrabiah kerana persembahan yang mantap, bijak dalam menyusun kata-kata, berjaya menarik minat para penonton dalam hujahan mereka dan masing-masing konsisten dalam penyampaian tazkirah. Malah, kebanyakan peserta Da’i turut mendapat markah yang tinggi dari juri awam.

Tiada Penyingkiran, 8 Peserta Mara Ke Minggu Hadapan

Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama & Rancangan TV3 & TV9, “Selepas 6 minggu berentap di pentas Da’i, mereka semakin matang dan bijak dalam menyampaikan tazkirah, berkeyakinan tinggi, bertenaga dan versatil. Jadi, tiada penyingkiran diadakan pada malam Ahad yang lepas kerana kami ingin melihat potensi mereka pada episod yang akan datang.”

“Selain itu, musim terbaharu program Da’i juga menerima sambutan hebat dengan catatan rating lebih daripada 1.6 juta penonton dan mendapat perhatian daripada pelayar Malaysia apabila hashtag Da’iTV3 trending nombor Satu di laman sosial Twitter semasa bersiaran pada minggu lepas,” tambah Sherina lagi.

Episod keenam Da’i Pendakwah Nusantara menampilkan tetamu Nusantara Sheikh Karim yang telah membuka tirai persembahan dengan bacaan doa. Panel juri awam pada malam tersebut terdiri daripada pengasas Almas Beauty & Health, Datin Maziah, Da’i Hilman, Farid (penyampai radio KoolFM), Qody Mentor Milenia (penyanyi lagu tema Da’i musim ke-4), Nisa Aznan (pengacara Nasi Lemak Kopi O), Heliza Helmi (pengacara SIS), dan Uyaina Arshad (pengacara Nona).

hos program Da'i Datuk Rosyam Nor bersama dengan Da'i Hazman

Antara topik yang telah dipersembahkan oleh 8 peserta Da’i ialah:

Nama peserta Topik
Da’i Hazman (Mohd Hazman Yani bin Ahmad)

Alor Setar, Kedah

29 Tahun

Ijazah Sarjana Undang – undang Universiti Kebangsaan Malaysia

WAHAI TETAMU

Jadilah seorang tetamu yang menjaga adab terhadap tuan rumah dan juga tingkah laku sebagai seorang muslim.

Da’i Niezal (Mohd Sufwan Niezal bin Sabri)

Terengganu

19 Tahun

Diploma Dakwah & Pengurusan di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang

BERHIAS CARA ISLAM

Islam tidak melarang umat khususnya wanita untuk berhias. Namun ada aturan dan tata cara yang harus diperhatikan.

Da’i Ahmed (Ahmed Ibrahim bin Ahmad)

Sungai Besar, Selangor

23 Tahun

Diploma hafiz & hadith di kolej Darul Quran JAKIM

JIRAN OH JIRAN

Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya”.

Da’i Syed (Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail)

Arau, Perlis

21 Tahun

Diploma Dirasat Islamiyyah, Kolej Maahad Buuth Al Islamiyah Kaherah, Mesir

SAHABAT KE SYURGA

Sabda Nabi Muhammad s.a.w “Seseorang itu adalah atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai rakan”.

Da’i Nasrul (Muhammad Nasrul Nizam bin Zamry)

Pasir Mas, Kelantan

20 Tahun

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan (agama) Falahiah

MENZIARAHI PESAKIT

Dalam menziarahi pesakit, adakalanya kita lupa akan adab – adab yang perlu diikut sehingga niat yang baik adakalanya hanya akan membebankan orang yang sakit.

 

Nama peserta Topik
Da’i Azrin (Azrin bin Md Isa)

Bagan Serai , Perak

20 Tahun

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah kebangsaan Agama

JUAL BELI

Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”. (Surah al-Baqarah, 2 : 275)

Da’i Saiful (Mohamad Saiful bin Marzuki)

Permatang Pauh, Pulau Pinang

18 Tahun

Sijil Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah kebangsaan Agama Al Irshad, Pulau Pinang

TUNTUTLAH ILMU

Berbahagialah orang yang berada di majlis ilmu, ibarat berada di taman – taman syurga. Namun untuk mendapatkan keberkatan ilmu, kita mestilah beradab sewaktu belajar.

Da’i Irfan (Mohd Nourul Irfan bin Niamat)

Kedah

25 Tahun

Sijil Tinggi Agama Malaysia di Madrasah taklimiah Khaiririah

HIDANGAN DUNIA

Salah satu ajaran Rasulullah s.a.w adalah adab – adab makan yang akan membawa kepada kesihatan dan keberkahan sepanjang zaman.

Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 dicergaskan oleh Almas Beauty & Health… Penghulu Segala Produk, bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam. Fokus kepada golongan muda yang berkebolehan untuk berdakwah secara berhikmah, Da’i Pendakwah Nusantara yang mempunyai 12 episod menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 dan sebuah trofi sekaligus merangkul gelaran juara musim keempat ini.

Musim baharu ini menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai hos, Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail sebagai hos bersama dan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid (ketua mentor) yang akan memantau secara keseluruhan prestasi para peserta sambil dibantu oleh dua orang Murabbi (mentor) iaitu Ustaz Zul Ramli Mohamad Razali dan Dr. Robiah K. Hamzah.

Pada setiap minggu, para peserta perlu menyampaikan tazkirah selama 3 minit mengikut topik yang telah ditetapkan secara berhikmah dengan gaya tersendiri dan penampilan menarik. Persembahan mereka dinilai oleh dua juri tetap profesional iaitu Ustaz Dr Izhar Ariff dan juga Ustaz Zarifi. Pemarkahan peserta terbahagi kepada 70% (juri profesional), 20% (murabbi – Ustaz Zul Ramli & Dr. Robiah K. Hamzah) dan 10% daripada juri awam.




Sidang produksi Da’i Pendakwah Nusantara diketuai oleh Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail selaku penerbit eksekutif dan Shukri Ibrahim sebagai penerbit. Saksikan Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 10.30 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 10 pagi) dan rancangan Jurnal Da’i yang memaparkan aktiviti kelas bersama Murabbi (mentor) dan Mursyid, persediaan peserta serta emosi dan personaliti peserta pada setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 7.58 malam. Da’i Pendakwah Nusantara dimeriahkan lagi dengan rakan ukhwah iaitu stesen radio Kool FM dan portal video tonton.

Penonton boleh melayari www.tv3.com.my/dai untuk paparan video-video ekslusif, mengundi peserta pilihan kegemaran anda dan juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik di kuiz mingguan. Pada episod yang keenam, Da’i Syed telah mengalahkan Da’i Saiful, manakala Da’i Niezal, Da’i Nasrul, dan Da’i Azrin juga disenaraikan sebagai Da’i pilihan penonton.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.Gunakan hashtag #DaiTV3 untuk hangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman sosial. Penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui tonton di www.tonton.com.my.

Tetamu Nusantara, Sheikh Karim membacakan doa

Tetamu Nusantara pada episod yang lepas, Sheikh Karim

Sebahagian daripada juri awam

Sebahagian daripada juri awam 2

Peserta-peserta Da'i

juri profesional Da'i musim ke-4

Da'i Syed

Da'i Saiful

Da'i Niezal

Da'i Nasrul

Da'i Irfan memberikan persembahan yang baik

Da'i Hazman

Da'i Azrin

Da'i Ahmed

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu HELLO DUNIA Buah Tangan Sulung Natasha Sass

Konsert Saya Anak Malaysia Berlangsung Meriah