in ,

Berjayakah Huawei Atasi Samsung & Pesaing Lain dalam Kemaskini Keselamatan?

Samsung memang diakui jenama telefon pintar nombor 1 dari segi jualan di dunia dan antara yang terlaris serta boleh menguasai jualan telefon pintar di seluruh dunia, tetapi jangan dilupa ya, Huawei nampaknya berjaya mengatasi Samsung dan pesaing yang lain dari segi KESELAMATAN!

Sebelum ini, Budiey ada menyiarkan entri Ada Sebab Huawei Akan Jadi Pengeluar Telefon Bimbit Terbesar, kepada yang belum baca, bolehlah baca di SINI.

Antara statement Budiey dalam entri blog yang lepas, Samsung memang diakui jenama telefon pintar nombor 1 dari segi jualan di dunia dan antara yang terlaris serta boleh menguasai jualan telefon pintar di seluruh dunia, tetapi jangan dilupa ya, Huawei nampaknya berjaya mengatasi Samsung dan pesaing yang lain dari segi KESELAMATAN! Nampaknya, ini satu tamparan hebat untuk pengeluar telefon bimbit pintar yang lain.

Huawei

Kepada anda yang sekarang ini menggunakan telefon bimbit Huawei pastinya anda ada menerima kemaskini security patches untuk android setiap bulan dari Google.

Namun, menurut satu analisis terbaru yang dibuat oleh firma keselamatan Duo Labs, korang yang menggunakan telefon Huawei lebih kerap menerima kemaskini keselamatan tersebut berbanding pemilik peranti Samsung.

Ini bermakna pemilik telefon bimbit Samsung jarang mengemaskini peranti mereka. Ini sangat memberikan impak dan kesan yang negatif di mana kemungkinan besar peranti mereka akan digodam. Kenapa dan sebab apa? Haa, ini yang Budiey nak cerita kat sini.

Pendek kata, sekiranya anda seorang pemilik telefon pintar Huawei, anda boleh menarik nafas lega kerana kebarangkalian untuk anda menerima update terkini untuk sistem Android anda ialah 77%.

Huawei

Menurut kata Olabode Anise dari Duo Labs, mereka mendakwa:

“Sebanyak 62% telefon Android terdiri daripada jenama Samsung akan tetapi hanya 15% sahaja akan mendapat update terkini keselamatan yang disediakan oleh Google.”

Haaa, macamana tu?”

“Berbeza sekali, 77 peratus daripada telefon Huawei dapat menerima kemaskini keselamatan menjalani patch keselamatan yang paling terkini dari Google.”

Nampaknya, Google sekarang ini memang prihatin dengan pengguna yang menjaga privacy dan mahu mengelak dari digodam… jadi kini Google menyediakan update keselamatan (security patch) setiap bulan untuk memastikan telefon pintar yang dijana oleh Android tidak mudah menjadi mangsa penggodam.

Budiey kira, hasil dari analisa ini sangat mengejutkan kita semua sebagai pengguna, kan? Memandangkan komitmen Samsung yang sentiasa memastikan pengguna mengemaskini ciri keselamatan setiap bulan di telefon bimbit mereka memandangkan Samsung merupakan syarikat gergasi elektronik Korea yang membekalkan Android yang terbesar di dunia. Ini sesuatu yang agak pelik. Macamana ramai pengguna Huawei lebih gemar mengemaskini sistem sekuriti mereka berbanding pengguna Samsung?

Huawei

Kalau kita lihat graf di atas, Samsung berada di kedudukan kelima di dalam ujian keselamatan Android yang telah dilakukan oleh Duo Labs ini. Manakala Huawei berada di tangga pertama walau masih baru berkecimpung di dalam dunia telefon pintar ini.

Sebenarnya, ia terpulang kepada pembuat telefon bimbit Android untuk menyesuaikan patch untuk setiap model manakala penghantaran sebahagian besarnya bergantung kepada carriers

Samsung adalah antara yang pertama utama Android OEM yang menyertai usaha Google, mengumumkan untuk melakukan kemaskini keselamatan untuk peranti Galaxy S, Galaxy Note dan Galaxy A setiap bulan.

Analisis Duo Labs juga menunjukkan usaha Google sepanjang tahun lalu untuk membangkitkan pembuat peranti Android ke dalam patch lebih kerap telah telah memberi impak yang sangat terhad.

Huawei

Menurut firma keselamatan, 68 peratus daripada peranti Android layak menerima patch keselamatan Android Google secara bulanan, tetapi setakat 30 April, hanya satu perempat daripada telefon bimbit android mempunyai patch terkini.

Kesimpulannya, pengguna telefon bimbit sekarang memang mementingkan ciri keselamatan. Tambah-tambah lagi bila bergelar selebriti kan?

Sekarang ni pun kita semua kena berjaga-jaga tak mau telefon bimbit dan gajet mereka kena godam, ye tak? Zaman sekarang ni, semua orang boleh buat dan gunakan informasi dan maklumat peribadi untuk tujuan peribadi.

Jadi, apa pula pendapat korang dalam hal ni? Dah tentu korang perlu fikir dua kali untuk memilih telefon baru nanti. Mahu yang lebih selamat? Huawei adalah pilihan yang tepat!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Minggu Fesyen Pertama di Johor

Filem PEKAK Julang Zahiril Adzim Menang Pelakon Terbaik di IMF Rusia