in

Tentang Telemovie Khas Hari Kebangsaan TRANSMISI KAMPUNG

Seni budaya harus dijaga dan dikekalkan untuk generasi akan datang, walaupun masa itu berubah. Tema ini sesuai untuk tontonan dan kefahaman semua lapisan masyarakat.

Berkisah dengan seorang Tok Dalang Wayang Kulit yang mempertahankan kebolehan seni budaya yang diwarisinya, walaupun datang satu media baharu, televisyen yang dianggap sebagai sebuah kotak kecil bercahaya yang boleh memecah belahkan masyarakat dan merosakkan budaya kesenian wayang kulitnya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie khas Hari Kebangsaan bertajuk “Transmisi Kampung”.

TRANSMISI KAMPUNG

Menampilkan lakonan mantap Namron, Mohd. Kamarulbahri, Nurul Fateha, Kian Yap dan Jayden Sow, telemovie arahan Imri Nasution ini disiarkan pada 31 Ogos ini, pukul 10.30 pagi menerusi saluran TV1.

Bermula dalam awal tahun 70an dengan kisah Pak Din, seorang Tok Dalang baharu, telah dimarahi dan dicabar oleh bapa mertuanya kerana dia cuba membawa suatu corak baharu ke dalam persembahan penceritaan wayang kulitnya.

Pak Din dihalau untuk merantau membawa seni permainan wayang kulitnya ke daerah lain. Pak Din tetap dengan cara dan pendiriannya dalam persembahan wayang kulit yang juga diminati oleh Zaiton, anak perempuannya sendiri. Dia selalu berpesan dan melarang Zaiton agar jangan cuba hendak menjadi Tok Dalang, sebab Tok Dalang bukanlah dari golongan wanita.

[pullquote align=”right”]Cabaran Dalang Wayang Kulit Pertahankan Seni Budaya Dalam Telemovie “Transmisi Kampung” Pada 31 Ogos Ini Di TV1[/pullquote]

Namun minat orang kampung dan juga ahli pemuzik pengiring persembahan wayang kulit Pak Din mula berubah sikap apabila Ah Lim atau Halim nama panggilan di kampung, membawa sebuah peti televisyen untuk tontonan orang ramai secara percuma di kedai kopinya.

Banyak rancangan TV menjadi kegemaran mereka sehingga persembahan wayang kulit Pak Din mula diketepikan. Kerana geram dan marahnya, Pak Din sanggup menyerang dan bergaduh dengan Halim dan ingin merosakkan TV Halim. Pada masa yang sama, muncul En. Taib, seorang penerbit rancangan dokumentari TV yang sedang mencari bahan kesenian yang ingin dibuat rancangan bagi persembahan televisyen. Pertemuannya dengan Pak Din memberi peluang dan kegembiraan kepada Pak Din dan pemain muzik pengiringnya untuk muncul di kaca TV.

Masa berubah zaman, Zaiton yang dahulunya hanyalah seorang peminat tegar kepada kesenian arwah ayahnya, kini telah menjadi seorang tenaga pengajar dalam kesenian Wayang Kulit.

TRANSMISI KAMPUNG

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Charlie Puth Duet Dengan Dina Nadzir Dalam Lagu WE DON’T TALK ANYMORE

Jom Ber-Zumba Zwag-On 2016