in

AirAsia Taja Ekspidisi Mendaki MAKNA Klimb Kinabalu 2016

AirAsia terus menyokong inisiatif kesedaran kanser dengan menaja 13 pendaki untuk ekspedisi MAKNA Klimb Kinabalu 2016 yang akan mendaki Gunung Kinabalu untuk mengumpul dana bagi MAKNA (Majlis Kanser Nasional) dan memberi sokongan terhadap kesedaran kanser. Ketibaan para pendaki termasuk 4 AirAsia Allstars (staf AirAsia) diraikan kakitangan AirAsia sejurus tiba di Kota Kinabalu dengan penerbangan AK5108.

MAKNA Klimb Kinabalu 2016 a

AirAsia Taja Ekspidisi Mendaki MAKNA Klimb Kinabalu 2016

Sebagai salah satu penyokong utama MAKNA, AirAsia menjadi penaja penerbangan rasmi yang menyokong semua penerbangan pendaki ke Kota Kinabalu.

[pullquote align=”right”]13 pendaki termasuk 4 AirAsia Allstars akan mendaki Gunung Kinabalu sebagai simbol harapan kepada semua pejuang dan survivor kanser di negara sambil mengumpul dana bagi MAKNA.[/pullquote]

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada ekspedisi yang bermakna ini untuk mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran kanser. Kami amat berbangga dengan semua pendaki terutamanya kakitangan AirAsia yang menyahut cabaran ini sebagai simbol harapan untuk semua pejuang dan survivor kanser. Kami ingin ucapkan yang terbaik buat mereka”

“Komitmen yang diberi oleh para pendaki menunjukkan keikhlasan dan merupakan satu inspirasi,” kata Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA. “Sama ada mereka adalah sukarelawan yang meyertai pendakian untuk membantu mengumpul dana bagi pesakit-pesakit kanser atau orang-orang yang hidupnya terkesan oleh kanser, samada secara langsung atau tidak langsung, kami amat berterima kasih atas sokongan yang diberi.” Klimb Kinabalu 2016 bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM100,000 yang akan disalurkan ke pelbagai perkhidmatan MAKNA untuk membantu golongan pesakit-pesakit kanser yang berpendapatan rendah.

Awal minggu ini, AirAsia telah melancarkan kempen #AirAsiaMAKNA, untuk membantu mengumpul dana bagi pesakit-pesakit kanser dan mendidik rakyat Malaysia mengenai penyakit tersebut. Syarikat penerbangan tersebut akan menyumbang 10 sen kepada MAKNA bagi setiap tempahan penerbangan yang dibuat di www.airasia.com mulai 15 Ogos hingga 16 September 2016.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Perkenal Hiburan dalam Penerbangan PERCUMA roKKi AirAsia

Bienda Kini Jadi Penyampai Radio Manis FM