Majlis penyampaian hadiah Kuiz Syahadah Musim Ke-11 berlangsung meriah di Lobi Wisma Berita, Angkasapuri, hari ini.
Pemenang utama kuiz utama, Puan Mazeyah Binti Mohamad Saman dari Alor Setar, Kedah yang menerima pakej Umrah bernilai RM14,000.00 untuk 2 orang. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Encik Saadullah Bin Abu Mat Suaud dari Teluk Intan, Perak yang menerima hadiah pakej percutian ke Korea untuk 2 orang bernilai RM7,000.00. Tempat ketiga dimenangi oleh Encik Ismail Bin Hussin dari Sg.Besar Selangor yang menerima hadiah wang tunai RM1500.00 dan tempat keempat dimenangi oleh Encik Ariff Bin Kamis@Shariff dari Kedah juga menerima wang tunai RM1,500.00.
Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz Dokumentari Syahadah Musim Ke-11 di Angkasapuri
Selain itu, lima orang pemenang utama saguhati produk tajaan Serai Mas bernilai RM200.00 setiap seorang. Bagi pemenang kuiz mingguan mengikut setiap episod masing-masing menerima hadiah telefon pintar Samsung Galaxy S7 Edge, Samsung Tab 4, dan produk jus Hidayah Gold Pluss Collagen tajaan Serai Mas Herbs Trading.
Hadiah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Adilah Shek Omar, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) dan Puan Marlinda Jasrizal, Pengurus Serai Mas Herbs Trading.
Program Syahadah sebuah dokumentari terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM telah bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan di TV1 (Bahasa Melayu) bermula 6 Jun hingga 5 Julai 2016, pukul 6.30 petang. Sementara di TV2 (Bahasa Inggeris) pula mulai 7 Jun hingga 6 Julai 2016 setiap Isnin hingga Ahad, pukul 7.00 petang. Syahadah turut disiarkan menerusi TVi (Bahasa Melayu) mulai 6 Jun hingga 5 Julai 2016, pukul 8.00 malam.
Syahadah 2016 memfokuskan kejayaan umat Islam di peringkat global dan memaparkan jalinan ukhwah Islamiah bagi membentuk komuniti Islam yang kuat. Fokus Syahadah tahun ini adalah Asimilasi Islam di Korea dan masyarakat Islam di Bosnia Herzegovina.
Syahadah 2016 menampilkan empat orang penerbit iaitu Rosli Nordin dan Mohd Jasmaidy Mat Aroff, episod di Bosnia Herzegovina manakala Zadil Hayat Arsad dan Faizal Said, episod di Korea Selatan.