Semalam, Dato’ Siti Nurhaliza yang tercalon dalam 4 kategori telah hadir di sidang media Anugerah Industri Muzik ke 17 yang berlangsung di Dewan Ballroom, Hotel Seri Pacific, Jalan Putra, Kuala Lumpur.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, penyanyi paling popular ini berjaya membolosi untuk menempatkan diri dalam kategori yang dipertandingkan:
- Kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) – Ku Percaya Ada Cinta
- Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Amarah
- Album Pop Terbaik untuk 2 buah albumnya iaitu Tahajjud Cinta & album duet CTKD
- Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu untuk lagu Sebagai Teman berkolaborasi dengan Krisdayanti hasil gubahan Aubrey Suwito.
Jadi, tahniah dan selamat maju jaya kepada Dato’ Siti Nurhaliza.
Walaupun hadir sekejap di sidang media AIM semalam, tapi sekurang-kurangnya beliau datang untuk hadir dan seperti biasa beliau menjadi tumpuan para jurugambar. Dengarnya, beliau ada urusan yang terpaksa diselesaikan pada masa yang sama. Maklumlah, semenjak menjadi tauke kosmetik dan penjagaan wajah SimplySiti ni, memang Siti sibuk memanjang. Tapi dalam sibuk-sibuk tu, beliau masih dapat hadir menghiburkan peminat di roud tour promosi AIM17 yang diadakan di Amphitheater Wangsa Walk, Wangsa Maju pada 2 April lalu.
Seterusnya, promosi diteruskan pada 11 April lalu di Kompleks Pasir Gudang, Johor. Untuk info, road tour AIM17 diteruskan lagi. Kali ini akan diadakan pada 17 April ini di Viilage Mall, Sungai Petani, Kedah dan berakhir di Dataran Pahlawan, Melaka pada 25 April ini. Road tour ini padar dengan persembahan dan aktiviti termasuklah yang melibatkan artis-artis yang tersenarai dalam 5 pencalonan terakhir AIM17.
SITI NURHALIZA AJAK PEMINAT KE MAJLIS RAHSIA
Pada jam 8.30 pagi tadi, Siti Nurhaliza bersiaran langsung di Malayasia Hari Ini di TV3 untuk mempromosikan Showcase CTKD di SACC. Siti juga telah menyampaikan lagu baru yang menjadi tema produknya, SimplySiti berjudul Rahsiaku Milikmu. Turut hadir adalah wakil daripada SACC.
kredit foto: Facebook Pengurus Siti Nurhaliza
Pada jam 10 pagi tadi, Siti telah menjemput beberapa orang peminat bertuah melalui di Facebook Fanpagenya untuk hadir di satu majlis yang akan diadakan pada hari Jumaat ini.
“Salam. Nampaknya ramai yg sdg menunggu refresh fb ni ya..ok, spt yg dijanjikan, Siti ingin memberitahu di sini, kpd sesiapa yang `bertuah’ dan menjadi `antara pemanggil terawal’ ke 0391019555 (SNP) utk bersama2 Siti dalam satu majlis, anda harus hubungi skrg. Talian akan ditutup apabila jumlah pemanggil mencukupi..”
Siti juga sempat meletakkan gambarnya sedang update Facebooknya secara live di Fanpagenya di cafe Starbucks yang berhampiran dengan Sri Pentas. Sambil menghirup minuman coklat panas.
“Update berlangsung/bersiaran (hehehhehehe) dari sebuah Starbucks di ibu kota, (dlm buana yg sama spt di MHI) sambil minum Hot Chocolate yg sedapppppp….”
Kepada peminat bertuah yang terpilih, mengikut firasat Budiey, sudah tentu anda akan happy kerana dapat menghadiri 2 majlis yang diadakan pada lokasi yang sama iaitu dalam kawasan Shah Alam. Itu hanya tekaan sahaja. Mungkin juga korang akan dijemput untuk hadir di Showcase CTKD. Mana tahu. Ataupun, mungkin pemenang akan berpeluang menyaksikan satu pelancaran dan juga akan turut meraikan satu detik terindah dalam hidup ikon glamor nih. Budiey tak boleh kasi tahu secara detail nanti ada lak yang sound Budiey sebab spoiler the event. Hehe.
Ramai peminat yang kecewa tak dapat membolosi talian menganggap cara pemilihan ini tak berapa sesuai memandangkan peminat Siti terlalu ramai. Mmm… kesian.
Foto kredit: Siti Nurhaliza Official Fanpage