Tetamu AirAsia kini boleh menikmati hiburan dalam penerbangan secara percuma di dalam penerbangan AirAsia yang terpilih (kod penerbangan AK) apabila mereka mengakses portal roKKi melalui www.rokki.com. Ini adalah sebahagian daripada peningkatan perkhidmatan servis Wi-Fi roKKi yang telah dilancarkan pada tahun 2014 oleh syarikat penerbangan tersebut.
Dapatkan hiburan dalam penerbangan secara percuma melalui platform roKKi AirAsia
Pada masa ini terdapat 33 pesawat yang telah dilengkapi dengan roKKi dan kandungan percuma disediakan untuk penstriman di dalam penerbangan termasuk video perjalanan, fesyen dan sukan yang diterbitkan oleh AirAsia, serta kandungan dari Astro Shaw seperti filem-filem blockbuster tempatan termasuk Ola Bola, Polis Evo, Maindhan dan The Journey.
Selain itu, satu lagi filem aksi tempatan, Temuan Takdir juga diperlihatkan buat pertama kali di dalam penerbangan AirAsia yang terplih selama tiga hari bermula 8-10 Ogos 2016, menjadikan ia filem Malaysia yang pertama ditayangkan dalam penerbangan sebelum ditayangkan di panggung wayang.
Pelakon filem Temuan Takdir, Ery Zukhairi menaiki penerbangan AK5106 dari Kuala Lumpur – Kota Kinabalu semalam dan membuat penampilan khas untuk para tetamu di atas penerbangan yang tersedia roKKi ini. Para tetamu di dalam penerbangan tersebut dihiburkan dengan dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan juga mendapat diskaun khas sebanyak 50% bagi roKKi Chats dan Internet Plans, selain daripada menikmati hiburan dalam penerbangan secara percuma melalui portal roKKi.
Hiburan di tangan anda dari 36,000 kaki di atas permukaan laut dengan roKKi, pembekal hiburan dalam penerbangan bagi AirAsia dan penyelesaian sambungan (IFEC)
Aireen Omar, Ketua Pegawai Ekeskutif AirAsia Berhad berkata, “ketersambungan adalah satu keperluan, dan AirAsia bangga dapat menyediakan Wi-Fi roKKi untuk semua tetamu kami, dan kami amat berbangga untuk berkongsi penambahan yang telah kami lakukan terhadap platform roKKi. Kini, tetamu akan dapat menikmati hiburan percuma pada alat peranti mereka semasa di dalam penerbangan dengan pelbagai kandungan dari tempatan ke antarabangsa yang disediakan untuk semua.”
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan roKKi kerana telah berjaya melaksanakan peningkatan ini. Kami teruja untuk mengalu-alukan tetamu di dalam penerbangan kami yang tersedia dengan roKKi dan berharap mereka akan mengambil kesempatan melayari hiburan dalam penerbangan percuma ini, selain menggunakan roKKi Chats dan Internet plan, yang boleh didapati pada harga yang berpatutan,” tambah Aireen Omar.
Antara ciri-ciri lain yang pengguna roKKi bakal nikmati termasuk panduan destinasi oleh Travel3Sixty, menu dalam penerbangan dan katalog membeli-belah bebas cukai bagi penerbangan Malaysia AirAsia dan permainan interaktif untuk memenangi hadiah segera online.
Muzik video antarabangsa dan serantau daripada Taylor Swift dan Justin Bieber hinggalah ke penyanyi terkini dari Malaysia, Indonesia, Korea dan sebagainya juga boleh didapati di platform penstriman roKKi. Peminat filem bebas tentunya akan gembira dengan Viddsee, sebuah platform bagi penstriman filem pendek Asian yang juga boleh didapati di dalam penerbangan.
Sekain dari itu, golongan kanak-kanak yang terbang dengan AirAsia juga akan menikmati hiburan dari Animagis Sdn Bhd, pemilik jenama ZigZagTV, saluran online yang tertumpu kepada animasi, kesenian, kraf dan hobi serta filem dengan animasi yang terbaru.
Pelan Wi-Fi RoKKI AirAsia termasuk Chat Plan hanya RM9 untuk 3MB (aplikasi WhatsApp, WeChat, LINE, KakaoTalk & Viber) dan Internet Plan hanya RM18 untuk 10MB (untuk penggunaan Internet ringan sahaja. Tidak termasuk Youtube dan muat turun app store).
Untuk informasi mengenai roKKi, sila ikuti roKKI di laman Facebook (facebook.com/roKKi)