in

Jadual Saringan Program Joe Wings WAR OF BANDS

Pada 2 Jun 2016 yang lalu, pihak penganjur telah mengadakan Sidang Media pertama di lokasi yang sama untuk mengumumkan program menarik yang dinamakan JOE WINGS WAR OF BANDS. Sebuah program di mana Joe Wings akan mencari protégé beliau yang terdiri daripada kumpulan muzik berkonsepkan ‘rock’. Para peserta akan dibimbing secara profesional dan 10 kumpulan terbaik akan dipilih untuk menghasilkan sebuah album di bawah pengawasan, seliaan dan terbitan Joe Wings.

War Of Bands

Reaksi umum terhadap program ini amat memberangsangkan dan di luar jangkaan, walaupun saringan pertama belum pun bermula. Oleh kerana permintaan khalayak ramai yang meminta agar tempoh pendaftaran dilanjutkan, maka pihak penganjur telah bersetuju untuk mengubah tarikh saringan ke tarikh baru seperti yang tersenarai di bawah.

War Of Bands

Pihak penganjur juga telah mengambil beberapa langkah proaktif untuk menghangatkan lagi sambutan terhadap program ini dengan mengumumkan senarai juri profesional yang akan terlibat dalam siri saringan JOE WINGS WAR OF BANDS.

Selain itu, pengumuman penambahan hadiah untuk kategori Johan, Naib Johan danTempat Ketiga akan diumumkan. Juga terdapat penambahan hadiah untuk kategori ‘Guitarist’ Terbaik, ‘Bassist’ Terbaik, ‘Vocalist’ Terbaik dan ‘Drummer’ Terbaik.

JADUAL SARINGAN ‘JOE WINGS WAR OF BANDS’ (TERKINI!)

JOE WINGS WAR OF BANDS Sidang Media 02

Teh Tarik Place Setapak Central, Kuala Lumpur Rabu, 10 Ogos 2016 Jam 3 petang

SARINGAN 1

Lokasi: Johor Bharu
Tarikh : Sabtu, 5 November 2016

JURI PROFESIONAL

Hillary Ang Awang Oney

(Gitaris Search & Cromok) (Gitaris Bumi Putra Rockers) (Vokalis Lipan Bara & May)

SARINGAN 2

Lokasi : Ipoh
Tarikh : Sabtu, 12 November 2016

JURI PROFESIONAL

Hillary Ang Awang Mus

(Gitaris Search & Cromok) (Gitaris Bumi Putra Rockers) (Vokalis May & Wings)

SARINGAN 3

Lokasi: Kuala Lumpur
Tarikh : Sabtu, 19 November 2016

JURI PROFESIONAL

Hillary Ang (Gitaris Search & Cromok) Mus (Vokalis May & Wings) Edrie Hashim(Gitaris Projek Pistol)

PERTANDINGAN AKHIR

Lokasi: Pintu 2, Tapak Parking MAEPS, Serdang Tarikh : Sabtu, 26 November 2016

PENAMBAHAN PENAJA.

Sebagai penambahan kepada penaja sedia ada, penganjur mengumumkan dua lagi penaja iaitu :

Marina Bay Resort & Restaurant, Tioman. JS Music, Kuala Lumpur.

Kedua-dua penaja ini akan menaja hadiah bagi kategori berikut :

Johan akan menerima trofi dan hadiah wang tunai berjumlah RM 5,000.00 serta pakej percutian ke Pulau Tioman untuk 3 hari 2 malam.

Naib Johan akan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM 3,000.00 serta pakej percutian ke Pulau Tioman untuk 3 hari 2 malam.

Tempat Ketiga akan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM 1,500.00 serta pakej percutian ke Pulau Tioman untuk 3 hari 2 malam.

*Pakej percutian 3 hari 2 malam ke Pulau Tioman meliputi khidmat feri dari jeti (Tg. Gemuk, Rompin atau Mersing, Johor) pergi & balik, penginapan serta makan minum sepanjang tempoh percutian.

Sementara pihak JS Music akan menaja hadiah untuk pemuzik terbaik di peringkat akhir untuk kategori:

‘Guitarist’ Terbaik, ‘Bassist’ Terbaik, ‘Drummer’ Terbaik dan ‘Vocalist’ terbaik.

War Of Bands

BIODATA JURI PROFESIONAL

HILLARY ANG

Gitaris legenda ini pernah menjadi sumber inspirasi peminat muzik dan yang mempelajari gitar satu ketika dahulu. Beliau antara pemain gitar terbaik pernah lahir di Negara ini. Antara kerja tangan ‘masterpiece’ beliau adalah solo gitar ‘Fantasia Bulan Madu’ dari album SEARCH ‘Mentari Merah Di Ufuk Timur’. Beliau mengasaskan kumpulan SEARCH bersama Yazit Ahmad dan Zainal Rampa pada tahun 1981 di Johor Bahru. Hillary meninggalkan SEARCH pada tahun 1988. Pernah merakamkan dua album gitar solo ‘Rock Dalam Dilema’ (1990) dan ‘ZZ’ (1994). Hillary kembali bersama SEARCH pada tahun 2004 dan merakamkan album terakhir bersama SEARCH ‘Gothik Malam Edan’ (2006). Selain SEARCH, beliau juga terlibat dengan kumpulan CROMOK. Kini beliau masih aktif sebagai pengarah muzik, penggubah muzik, penerbitan album dan pemuzik studio untuk rakaman album artis tempatan dan luar negara.

AWANG BPR

Norzaini Mohd atau Awang BPR adalah bekas gitaris kumpulan BUMIPUTRA ROCKERS.Beliau merupakan seorang composer lagu dan penerbit album. Telah banyak menulis lagu dan menerbitkan album artis-artis tanahair dan tela hbeberapa kali bertanding dalam Juara Lagu TV3. BUMIPUTRA ROCKERS (BPR) mula dikenali ramai setelah menyertai “Pesta Hiburan Kingsway” dan berasal dari Johor Bahru. Awang BPR telah merakam 6 buah album studio bersama BUMIPUTRA ROCKERS iaitu Selamat Pagi Malaysia (1987), Bisa (1988), Kelab Jiwa Luka (1990), Era 90’an (1991), BPR ’97 (1996) dan Semangat Melayu (2001).

War Of Bands

MUS MAY

Mustaffa bin Din atau nama pentasnya Mus, dilahirkan dan dibesarkan di Ipoh, Perak. Lebih dikenali sebagai Mus May kerana beliau adalah vokalis utama kumpulan MAY yang ditubuhkan pada tahun 1986. Kumpulan MAY adalah di antara kumpulan rock ternama ketika ledakan muzik rock di Malaysia sekitar 1980an dan 1990an. Mus merakam 15 album studio bersama MAY iaitu Dilema (1988), Hakikat (1989), Rahsia (1990), Strategi (1991), Ziet Geist (1992), Wira Cyborg (1994), Layar (1995), Ideologi (1995), Penaklukan (1997), Keras (1997), Sinar (2003), Otai Jamm! (2004), Otai Jamm 2 (2006), Rock Klasik (2008) dan 25th Anniversary (2011). Mus menyertai kumpulan WINGS sebagai penyanyi antara tahun 1994 hingga 2000 dan sempat merakamkan 3 album studio bersama WINGS, sebelum kembali aktif semula bersama MAY sehingga kini.

ONEY

Mohd Redzuan bin Abd Aziz atau dikenali sebagai Oney berasal dari Pulau Pinang. Bekas vokalis kumpulan LIPAN BARA pada awal 1990an ini merakam dua album studio bersama LIPAN BARA iaitu Tanda Tanya (1991) dan Harimau (1992) sebelum berpecah sekitar 1993. Oney menyertai kumpulan MAY dari 1997 hingga 2002 dan merakamkan dua buah album iaitu Penaklukan (1997) dan Keras (1998) di mana lagu hitnya ‘Jemu’ masih diminati sehingga kini. Beliau turut mempelbagaikan kebolehan vokalnya apabila berduet dengan penyanyi wanita, Safura untuk lagu popular ‘Jangan Menangis Sayang’

(1998). Oney tidak bersama MAY lagi pada 2002 dan menubuhkan sebuah kumpulan baru JUMP-P. Beliau merakam dua album studio bersama JUM-P iaitu Halusinasi (2006) dan Wujud (2013).

EDRIE HASHIM

Seorang gitaris, pencipta lagu, penulis lirik, penerbit album dan pengarah muzik. Pernah aktif bersama kumpulan CHAPTERS dengan album ‘Prajudis’ pada 1991. Edrie sering diundang untuk mengiringi artis popular tanahair di stesen-stesen televisyen mahupun persembahan ‘live’ dan rakaman album. Banyak bekerjasama dengan penerbit lain dalam menerbitkan album dan single artis tempatan seperti CANDYuntuk ‘Candy’ (1997), Ella untuk ‘Simbiosis’ (2003), DEF-GAB-C untuk ‘Merah’ (2002) dan ‘Raw’ (2004). Edrie juga adalah penerbit bersama M.Nasir untuk album ‘Gothik Malam Edan’ kumpulan SEARCH pada 2006 dan terkini, mengenengahkan kumpulan projek khas beliau dengan 3 lagi rakan yang diberi nama PROJEK PISTOL.

War Of Bands

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Carian Video Pokemon Go Trending di Youtube Malaysia

AirAsia Dapat Gelaran Best International Low Cost/Budget Airline