Pelawak veteran Pie atau nama sebenar Shafiee Jaafar, 85 tahun, meninggal dunia kerana sakit tua pada pukul 9 malam tadi (11 Ogos 2016). Allahyarham Pie menghembuskan nafas akhir di kediaman anaknya di Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Berita mengenai kematian beliau disahkan rakan karibnya, Omar M Hashim atau Omara.
“Anak arwah menghubungi saya untuk memaklumkan mengenai kematian arwah dan kini urusan menguruskan jenazah sedang dibuat anaknya itu,” katanya ketika dihubungi tadi.
Difahamkan, arwah akan dikebumikan esok selepas solat Jumaat.
Jenayah akan disembahyangkan di Masjid Teluk Bahang dan kebumikan di Teluk Bahang.
Omara berkata dia dimaklumkan mengenai berita kematian Allahyarham Pie daripada anak arwah sendiri menerusi panggilan telefon.
Pada Ogos tahun lalu, Pie dirawat di Hospital Kepala Batas akibat kesejukan melampau dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Antara filem lakonan Allahyarham ialah Anak Mami, Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Nana Tanjung.
Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Teluk Bahang dan kebumikan di Teluk Bahang.
Mac lalu, walaupun kesihatannya terganggu, Piee yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Anak Mami, Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Nana Tanjung itu dikhabarkan meninggal dunia namun berita itu hanya palsu.
Ogos tahun lalu, Piee pernah dikatakan meninggal dunia sedangkan dia dirawat di Hospital Kepala Batas akibat kesejukan melampau dan jangkitan kuman pada paru-paru.arum, Mami Jarum Junior dan Nana Tanjung.