Sangat ‘rare’ kan kalau korang dapat hadiah peta dunia… bolehlah frame… lepas tu gantung kat dinding. Pergh! Cun!
Tak tahu nak hadiahkan apa sebenarnya sempena hari jadi Budiey ke-40 untuk korang, jadi Budiey buat keputusan untuk kasi mereka sekeping peta dunia yang besar. Haaa… Kasi luas sikit mata mereka menerokai dunia.
Tapi bikin pening kepala jugak Budiey semasa nak cari printer atau pencetak yang bagus untuk kerja-kerja mencetak peta tu. Nak cetak pula dalam kuantiti yang banyak dan memerlukan masa yang singkat je. Jadi, Budiey pun buat survey dan buat carian kat Google.
Cari punya cari, ramai yang menyarankan Budiey menggunakan pencetak terbaru iaitu HP DesignJet T830 MFP.
Pastinya, ada sebab tertentu mengapa pencetak format kertas yang besar ini mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia.
Budiey rasa sangat ‘surprise’ apabila dapat tahu pasal printer terbaru HP DesignJet T830MFP adalah sebuah pencetak multifunction yang menyelesaikan segala kerja mencetak dan copy serta mengimbas dengan sempurna dan yang penting diperakui sangat laris di Malaysia. Jualan sangat meningkat dan telah pun ramai menggunakannya.
Khabarnya, jumlah unit printer ini telah dijual sebanyak 250 unit selepas dilancarkan akhir tahun lalu. Wow, kira banyak dah tu sebab printer ni bukan sebarang printer tau. Nak tahu korang kena baca lah dengan lebih lanjut lagi.
Printer HP DesignJet T830 MFP memang sesuai untuk mencetak kerja-kerja pembinaan.
Penggunaan dakwat pun tak banyak dan ini akan menjimatkan wang saku kita. Pendek kata ia sangat compact dengan 36 inci Wi-Fi MFP.
Kalau nak mencetak imej atau material berskala besar (wide-format) dengan sempurna, Budiey sarankan korang gunalah printer ni. Bukan apalah, memang mudah sebab Budiey dah mencuba guna printer ni semasa kunjungan Budiey di HP Centre baru-baru ini. Nak tengok pengalaman Budiey meninjau printer terbaru ni, bolehlah tonton vlog Budiey di saluran Youtube Budiey.com ya.
Kebanyakan yang guna pencetak ini digunakan untuk copying, plotting dan scanning khusus untuk mereka yang bekerja sebagai arkitek, jurutera dan rata-rata dari industri pembinaan.
Kajian menunjukkan printer ni telah banyak meningkatkan mutu kerja sebab ia senang berhubung dengan menggunakan wifi atau bluetooth je. Haa, boleh guna phone je utk cetak dokumen. Cetakannya juga sangat cepat serta melancarkan segala kerja. Pendek kata, dapat menjimatkan masa. Harganya pun berpatutan.
Contol panel juga sangat mudah digunakan. Memang printer ni user-friendly atau dalam kata lain, sangat mesra pengguna. Tak susah sebab ia hanya menggunakan skrin sentuh. Ia juga ada roda yang akan memudahkan kerja memindah dari satu tempat ke satu tempat. Tak perlu nak susah-susah angkat sebab bila dah ada roda tu, nak pindah dari ofis ke tapak pembinaan tu sangat cepat dan mudah la kan.
Budiey juga suka dengan reka bentuk yang sangat moden dan elegan. Memang kemas dan sangat cantik buatannya.
Apa yang lebih penting ialah printer HP DesignJet T830 MFP ini senang untuk share. Anda sangat mudah untuk scan dan print dengan mengguna satu network. Untuk scan pula ia mudah untuk transfer ke jenis fail yang pelbagai termasuklah PDF.
Printer ini dikatakan sangat menjimatkan kos di mana ia mengandungi hanya 4 warna dakwat dengen unit dakwat yang lebih besar dengan media rolls yang lebih elok. Harga dakwat pun tidaklah mahal sangat di mana ia hanya separuh daripada harga dakwat produk pencetak yang lain. Kerja-kerja copying, plotting dan scanning akan menjadi lebih efektif dan mudah.
Kepada yang nak cetak material yang berskala besar, rasanya dah tiba masa untuk mendapatkan pencetak ini yang menjadi alat yang wajib ada dalam pejabat korang!