Pemilik nama sebenar Noorsyarmilla Jirin, 29, yang mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Isz Mustapha, 37, pada November 2015 percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmah.
“Saya anggap bukan rezeki kami lagi menambah ahli keluarga, justeru reda berdepan suratan ini. Mungkin disebabkan saya terlalu aktif. Apa pun kami tidak berputus asa dan sentiasa berdoa dikurniakan cahaya mata secepat mungkin,”
– Mila
Biarpun dilihat rancak mengatur langkah dalam perniagaan khususnya mengendalikan restoran, penyanyi Persis Mutiara itu tidak melupakan dunia nyanyian sudah sebati dalam diri.
Baginya, tidak bermakna dia sudah mengucapkan selamat tinggal kepada kerjaya seni walau tumpuan kini lebih terarah kepada keluarga selain Restoran Embun Urai di Puchong, Selangor, sejak enam tahun lalu.
“Sejujurnya dunia nyanyian sudah jatuh nombor dua dalam kamus hidup saya. Ikutkan memang rindu mahu menyanyi tetapi bergelar anak seni bukan semudah yang disangka.Ketika ekonomi sekitar 2009 kurang bagus, saya mula sedar bukan nyanyian yang harus diutamakan ketika itu. Syukur Allah bagi jalan supaya meneroka bidang lain iaitu berjinak jinak dengan dunia perniagaan,”
– Mila
Mila mencari tapak sebagai usahawan bermula dengan perniagaan kosmetik Luvmila Corporation dan syarikat pengurusan acara pada 2007 disusuli bisnes makanan tiga tahun kemudian sebelum pada 2013 menubuhkan syarikat Bizmilla.
Di bawah Bizmilla, ia dipecahkan kepada beberapa cabang termasuk Bizmilla Trading yang menjual baju kurung serta Bizmilla Catering, Bizmilla Wedding Hall dan terbaharu, Biz Milla NZ Beauty & Healthy.
“Saya baharu menubuhkan Biz Milla NZ Beauty & Healthy yang bakal dilancarkan nanti. Operasinya lebih menjurus kepada pemasaran produk kecantikan dan kesihatan sekali gus membantu usahawan lain.
“Pada masa sama saya terbabit dengan seminar perkongsian ilmu perniagaan. Hasrat ini direalisasikan demi melahirkan lebih ramai usahawan muda di bawah legasi perniagaan sendiri,”
– Mila
Semoga Mila tabah.