in ,

Saharul Ridzwan Umum Bakal Nikah Qaabila Deena Emir

Pelakon Saharul Ridzwan dan bakal isterinya yang dikenali sebagai Deena Emir bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 16 September ini di Putrajaya.

Untuk info pembaca Budiey.com, Deena Emir juga merupakan usahawan atas talian yang juga pemilik Wrap Boutique House.

Majlis perkahwinan Saharul Ridzwan atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 27, dan bakal isterinya Deena Emir atau Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, bakal diadakan di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya.

Majlis akad nikah dijangkakan akan berlangsung secara tertutup di sebuah masjid di Putrajaya, diikuti majlis resepsi pada hari yang sama.

Untuk pengetahuan, Qaabila sebenarnya wanita yang sama yang pernah dikaitkan dengan Saharul sebelum ini, dimana Saharul pernah memuat naik gambarnya bersama wanita itu di laman Instagram namun akhirnya terpaksa dipadamkan atas sebab-sebab tertentu. Malah beliau juga memohon maaf kepada keluarga wanita berkenaan yang turut terkesan.

Saharul memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran kerana berasakan ianya merupakan sesuatu yang cukup sentimental kepada mereka.

Ditanyakan mengenai majlis resepsi khas untuk peminat, ianya akan dilakukan pada 18/9/2016 di sebuah lokasi yang akan diumumkan kemudian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Menangi Anugerah Emas di Putra Brand Awards 2016 Tahun Ke-7

Mila Pasrah Keguguran