in

Aroma Pagi Program Santai Awal Pagi di TV2

AROMA PAGI : PROGRAM SANTAI AWAL PAGI DI TV2

Aktiviti regangan seperti senam robik meskipun mudah untuk dilakukan namun agak sukar untuk dijadikan rutin harian kerana masyarakat menganggap aktiviti membentuk budaya sihat begini tidak begitu penting untuk dipraktikkan seharian. Malah ada yang beranggapan ia membosankan dan kurang menyeronokkan berbanding aktiviti santai lain seperti bercuti dan membeli-belah.

Cuba menampilkan pendekatan berbeza mengajak masyarakat mengamalkan budaya hidup sehat dengan bersenam, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama pengacara pengacara kecil molek bakat kelahiran pertandingan nyanyian di RTM, Eyeja Arshad mengajak penonton mengunjungi destinasi menarik seluruh negara sambil melakukan aktiviti menyehatkan badan itu.

Berkonsepkan santai program berbentuk majalah ini mengetengahkan tiga segmen menarik dan menjaga kesihatan dengan melakukan aktiviti senam robik. Malah sepanjang 13 episod siarannya, program ini turut mengetengahkan sama aktiviti terbaharu, Aroma Pagi yang bakal menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 16 April ini, setiap hari Jumaat, jam 6.30 pagi di TV2.

Antara destinasi menarik yang dikunjungi program ini menerusi episod pengenalannya penonton diajak bersantai ke negeri terletak di pantai timur Terengganu mengunjungi Pantai Batu Buruk dan Kemaman yang sememangnya terkenal dengan menu istimewa Nasi Dagang, laksa Terengganu, keropok Losong dan Nasi Kerabu. Malah turut melengkapkan kunjungan ke negeri penyu bertelur itu apabila penonton berpeluang berkongsi resipi hidangan istimewa dengan chef-chef jemputan itu untuk mencubanya sendiri di rumah.

Menariknya, setiap episod dimulakan dengan senaman bersama seorang jurulatih yang antaranya mengajar cara-cara senaman untuk menegangkan otot dan pergerakan kaki. Malah kunjungan Eyeja di sekitar Terengganu yang kemudiannya bersenam di tepi pantai sambil mempelajari Aqla, tarian joget untuk tujuan kesihatan yang menekankan akan pergerakan kaki dan pinggang.

Kunjungan mereka singgah ke Muar, Johor pula di mana Eyeja bersama-sama jurulatih senaman memulakan beberapa jenis senaman ringan termasuk senaman regangan otot. Kemudian penonton di bawa menikmati sarapan dengan menu istimewa Muar iaitu Mi Rebus dan Mi Bandung selain di penghujung rancangan didedahkan dengan cara penyediaan menu istimewa itu.

Manakala ketika berada di Pulau Pinang pula, aktiviti senaman ringan mengurangkan sakit otot leher dan kepala diteruskan untuk dikongsi dengan semua. Setelah selesai senaman, tiba masanya pula untuk menikmati menu pada istimewa hari itu, Kuew Tiaw Penang, Nasi Bukhari dan Putu Mayam yang sememangnya menjadi makanan kegemaran dan pilihan seluruh rakyat Malaysia. Eja juga menaiki feri untuk meninjau makanan istimewa di luar Pulau Pinang iaitu di Ipoh, Perak. Makanan istimewanya adalah ‘Nasi Kabsah’-Arab. Eyeja turut menemuramah pengunjung dan pemilik restoran D’Sungai selain berkongsi menu masakan Nasi Kabsah bersama Chef Zulkanain Dato Mohd Nor.

Ketika di Kedah pula Eyeja meninjau sekitar beberapa lokasi menarik sebelum menikmati laksa Teluk Kechai di Kuala Kedah juga sesi emuramah bersama orang ramai dan pengusaha Laksa di Teluk Kechai mengenai keistimewaan laksa dan cara-cara membuat Laksa Kedah itu.

Eyeja bersama pakar senaman menerangkan cara senaman untuk warga emas menghilangkan sakit badan dan lenguh. Meninjau keistimewaan aroma pagi bihun sup Kedah bersama Chef Azura yang berkongsi cara menyediakan Bihun Sup Utara. Malah turut disajikan sarapan istimewa Nasi Lemak Royal di Kedah dan Pulut Sambal, Pulut Inti, dan Pulut bersama Ikan Kering. Di samping meninjau keenakan Mi Udang di Pulau Sayak, Kedah.

Untuk mengetahui destinasi menarik selain meluangkan masa melakukan aktiviti regangan yang menyihatkan, pastikan anda meluangkan masa menyaksikan Aroma Pagi setiap hari Jumaat, jam 6.30 pagi di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Layari Portal Jomgig.com

Showdown Episode 3 The Battles Johor Bahru & Penang