Fungsi ‘Daftar-Masuk Sendiri’ dan ‘Urus Tempahan Saya’ akan tergendala selama 27 jam dan tempahan penerbangan tergendala selama 7 jam.
AirAsia akan menjalankan penyelenggaraan berjadual bagi sistem online syarikat penerbangan tersebut dari 0001hrs (GMT + 8) pada 21 Jun hingga 0300hrs 22 Jun 2016.
Semasa penyelenggaraan dijalankan, para tetamu tidak akan dapat mendaftar masuk secara online atau mengakses fungsi Urus Tempahan Saya di laman web airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia. Kiosk di lapangan terbang juga akan tergendala.
SISTEM ONLINE AIRASIA AKAN MENJALANI PENYELENGGARAAN PADA 21 JUN 2016
Selain itu, tetamu juga tidak akan dapat membuat tempahan penerbangan dari 2000hrs (GMT + 8) 21 Jun 2016 hingga 0300hrs (GMT + 8) 22 Jun 2016.
Semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X akan beroperasi seperti yang dijadualkan sepanjang tempoh penyelenggaraan sistem online.
Tetamu yang akan melakukan perjalanan semasa tempoh penyelenggaraan sistem online ini dinasihatkan untuk mendaftar masuk secara online serta melakukan sebarang pembelian tambahan dan mencetak pas masuk mereka lebih awal.
Mereka yang ingin mendaftar masuk dan mendaftar masuk bagasi mereka di kaunter Lapangan Terbang adalah digalakkan untuk tiba di Lapangan Terbang sekurang-kurangnya 4 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan kerana dijangkakan tetamu terpaksa beratur panjang di kaunter. Bayaran daftar masuk kaunter akan dikecualikan dalam tempoh ini.
Untuk sebarang pertanyaan, para tetamu boleh menghubungi kumpulan syarikat penerbangan tersebut melalui saluran khidmat pelanggan berikut:
1. Twitter @askairasia
2. Live Chat di http://www.airasia.com/my/en/live-chat.page
AirAsia ingin meminta maaf bagi sebarang kesulitan yang dihadapi disebabkan oleh penyelenggaraan sistem ini.