in

Senarai Program Menarik Sepanjang Ramadan Ini di RTM

Istimewa sepanjang Ramadan yang mulia ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal membawakan program-program kerohanian juga pengisian berilmiah untuk semua penonton dan pendengar setia salurannya.

Kali ini, RTM tampil dengan tagline “#SyukurRamadan” untuk TV1, TV2, TVi dan radio. Merangkumi program berbentuk keagamaan, telemovie, drama bersiri dan majalah, TV1 tampil dengan lapan (8) program khas, TV2 menyiarkan tiga (3) program dan TVi pula dengan tiga (3) program menarik.

salah satu episod Syahadah di Bosnia

Program tonggak iaitu ‘Syahadah 2016 musim ke-11 : Pertembungan Timur – Barat’ yang mengetengahkan kehidupan masyarakat Islam di barat Bosnia dan timur Korea Selatan disiarkan menerusi TV1 dan TVi dalam Bahasa Melayu manakala versi Bahasa Inggeris di TV2.

Saluran utama TV1 menyiarkan program ‘Ketuk-Ketuk Ramadan musim ke-9’, travelog : ‘Jom Ikut Saya’, ‘Siaran Langsung Solat Tarawih Dari Mekah’, dan telemovie; ‘Alim-Alim Kucing’. Tidak ketinggalan juga dua (2) drama bersiri untuk tontonan semua iaitu ‘Satu Cinta’ dan ‘Imam Muda Dari Cairo’. Khas buat penonton cilik ikuti program kanak-kanak bertajuk ‘Pengembaraan Adam’.

episod Ketuk-Ketuk Ramadan bersama Ruhainies

TV2 pula membawakan telefilem ‘Harta’ dan drama bersiri ‘Dan Hati Pun Berkata’. Selain itu, TVi juga tidak ketinggalan menyiarkan program baharu iaitu majalah masakan ‘Kuih Raya Nik Micheal’, dan program motivasi bertajuk ‘Sufi’.

Sementara itu pendengar setia saluran radio milik RTM turut dijanjikan dengan pelbagai program utama termasuklah ‘Jelajah Ramadan 2016’ yang merupakan program tonggak saluran radio RTM setiap tahun bermula 6 Jun 2016 hingga 1 Julai 2016 meliputi Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur, Zon Tengah, Zon Sabah dan Zon Sarawak. Program Jelajah Ramadan yang memasuki tahun yang ke-5 ini bakal menjelajah ke seluruh negara dengan berkongsi aktiviti dilakukan personaliti RTM termasuk DJ radio mendekati orang ramai dan disiarkan menerusi liputan secara langsung di lokasi-lokasi terpilih.

Antara pengisian program termasuklah aktiviti ziarah dan penyerahan sumbangan yang melibatkan anak-anak yatim, orang kurang upaya, fakir miskin, orang-orang tua, sekolah tahfiz, pihak masjid dan tanah perkuburan Islam. Selain itu, terdapat juga bengkel motivasi, kelas bimbingan dan tazkirah juga turut diisi dengan majlis berbuka puasa.

Radio Klasik berkongsi dengan pendengar dua (2) segmen sepanjang Ramadan iaitu program ceramah agama; ‘Mustaqeem’ dan ‘Info Kesihatan Ramadan’. Manakala NASIONALfm pula tampil dengan segmen ‘Inspirasi Ramadan’, ‘Juadah Ramadan’ dan ‘Raudhah Ramadan’.

KLfm turut mengetengahkan segmen ‘Indahnya Ramadan’, ‘3K – Marhaban Ya Ramadan’ dan ‘Selfie Ramadan Satu Kali’, sementara radio berbahasa Inggeris RTM, TRAXXfm menyediakan program siaran langsung: ‘The Power of 10 Ringgit’ dan soal jawab bertajuk ‘5 Minutes with Dr.Ashraf Wajdi’. Saluran radio berbahasa Tamil, MINNALfm menyiarkan program ‘Ramadan Al-Mubarak’, ‘Motivasi Ramadan’ dan ‘Ceramah Ramadan’ diikuti kemudiannya AIfm saluran radio Mandarin dengan program bicarawara ‘Ai Ceria’, ‘Ai Sembang’, dan interaktif ‘Ai Aksi’. Tidak ketinggalan saluran radio ASYIKfm yang majoriti pendengarnya terdiri daripada kaum orang asli dengan segmen tazkirah ‘Suci Henem’, ‘Fitrah Ramadan’ dan ‘Irama Ramadan’.

Siaran radio dalam talian menerusi Galaksi Muzik http://galaksimuzik.rtm.gov.my turut menyediakan program khas seperti ‘Diet Kafe Ramadan’, ‘Tazkirah Ramadan di GalaksiMuzik’, dan ‘Sembang Sahur di GalaksiMuzik’.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

episod di Bosnia

KETUK-KETUK RAMADAN MUSIM KE- 9 (2016)
– 30 EP X 30’

SLOT : SETIAP HARI 12.30 T/HARI
MULAI 6/6 – 5/7/2016

SINOPSIS:
Majalah masakan dengan resepi-resepi terkini bersama artis-artis popular antaranya Saharul Ridzwan, Mira Filzah, Ruhainies, dan ramai lagi.

SYAHADAH 2016 MUSIM KE-11
PERTEMBUNGAN TIMUR – BARAT
– 30 EP X 30’

SLOT : SETIAP HARI 6.30 PETANG
MULAI 6/6 – 5/7/2016

SINOPSIS:
Memfokuskan kejayaan umat Islam di peringkat Global dan memaparkan jalinan ukhwah Islamiah bagi membentuk komuniti Islam yang kuat.
Fokus Syahadah kali ini ialah Asimilasi Islam di Korea dan masyarakat Islam di Bosnia Herzegovina.

SERI : JOM IKUT SAYA
– 13 EPISOD

SLOT : ‘SERI’ SETIAP HARI 10.05 PAGI
MULAI 6/6/2016

SINOPSIS :
Majalah travelog dari masjid ke masjid dan diacarakan oleh Naufal.

KANAK-KANAK : PENGEMBARAAN ADAM
– 13 EPISOD

SETIAP HARI 2.00 PETANG
MULAI 21/6/2016

DRAMA BERSIRI :
IMAM MUDA DARI CAIRO
– 13 EPISOD

DRAMA BERSIRI :
SATU CINTA
– 30 EPISOD

SETIAP JUMAAT – PUKUL 10.05 PAGI
MULAI 10/6/2016
Drama bersiri keagamaan & kekeluargaan
Pelakon:
Asraf Muslim, Aliah Vee, Reen Rahim, Delimawati, Yus Waisar, Afeeza Shahdan, Hafizuddin Fazil & Zeema Din

SLOT WIDURI : SATU CINTA
SETIAP HARI 7.00 – 8.00 MALAM
MULAI 10/6/2016

Kisah Fauziah dan anaknya, Umairah yang tinggal di rumah Nek Yam sebagai orang gaji. Nek Yam sangat menyayangi Umairah tetapi anak Nek Yam, Zila tidak menyukai mereka telah cuba melakukan berbagai cara untuk menyingkirkan mereka berdua.
Pelakon:
Dayana Roza, Azrel Ismail

TELEMOVIE :
ALIM-ALIM KUCING

19/6/2016
PUKUL 10.30 PAGI
Kisah seorang bapa yang risaukan keadaan anak-anak lelakinya yang leka tentang agama.
Pelakon:
Fezrul Khan, Aliff Hadi, Talha Hanth, Razak Ahmad, Mak Wan, Shakilla Khoriri, Aidil Alias, Sabree Fadzil, Loqman Nurhakim

BIL SPECIAL DOCUMENTARY CATATAN
1. SYAHADAH – KOREA SELATAN & BOSNIA HERZEGOVINA (BAHASA INGGERIS)
(IN-HOUSE – UMD)
30 EPISOD X 30’

MONDAY – SUNDAY
7.00 – 7.30 PM
7/6 – 6/7/2016

MONDAY – SUNDAY
5.30 – 6.00 AM (1st Repeat)

MONDAY – JUMAAT
10.30 – 11.00 AM (2nd Repeat)

SYNOPSIS:
A special documentary produced every year in conjunction with the month of Ramadan. This year Syahadah will highlight the Muslim communities in Western of Bosnia Herzegovina and Eastern of South Korea. Both these countries had undergone civil war at some point of time but they are still standing tall today. This documentary highlights the growth of Islam in both countries.

2.
TELEFILEM RAMADAN – HARTA
SELASA
10.00 – 12.00 TENGAH MALAM
21/6/2016

SINOPSIS:
Kisah keluarga yang terlalu mementingkan harta dunia sehingga mengabaikan pendidikan agama kepada anak mereka.

PELAKON / ARTIS:
Darren Ahmad, Zila Bakarin, Shaharudin Tambi, dan Zul Handy Black

3.
DAN HATI PUN BERKATA
(26 EPISOD)

ISNIN – AHAD
5.00 – 6.00 PETANG
6/6 – 5/7/2016

SINOPSIS:
Karya novel yang diadaptasi ke bentuk drama TV, mengisahkan Adirra yang kecewa dengan perkahwinan kedua ayahnya Encik Malek setelah permergian ibunya selepas 17 tahun. Dia membawa diri ke Bukit Senyum dan berkenalan dengan Rashdan. Permulaan perkenalan mereka, Adirra merasa rimas tetapi Rashdan bijak memikat Adirra yang degil, manja dan suka merajuk. Sikap Adirra yang comel itu berjaya membuka hati Rashdan. Rashdan juga ada kisahnya yang tersendiri. Rashdan kecewa apabila ayahnya mengahwini ibu tiri dan membuatkan ibu kandungnya meninggal dunia. Rashdan masih berdendam tetapi setelah mengenali Adirra, dia mula berubah.

PELAKON / ARTIS:
Shah Iskandar, Uqasha Senrose, Amar Ashraf, Syatilla Melvin, Kilafairy, Shaharuddin Thambi, Arash Mohd, Khaty Azean, Fazlina Datuk Ahmad Daud

1. Majalah : Masakan

TAJUK : KUIH RAYA NIK MICHAEL

Mulai 24 Jun – 5 Julai 2016
10. 00 pagi

Isnin – Ahad
BAHARU
(12 EPISOD X 30 MINIT)

Tema : Cake & Cookies

Program ini dihoskan oleh Chef Nik Michael Imran, seorang yang berdarah kacukan Melayu dan Australia. Chef Nik yang arif dengan masakan barat, ingin mempelajari cara-cara pembuatan kuih Melayu tradisional.

2. Dokumentari :
SYAHADAH 2016
KOREA SELATAN & BOSNIA HERZEGOVINA

Mulai 6 Jun – 5 Julai 2016
8. 00 malam
Isnin – Ahad

BAHARU
(30 EPISOD X 30 MINIT)

Sebuah dokumentari khas yang dihasilkan setiap tahun sempena bulan Ramadan. Tahun ini syahadah akan mengetengahkan kehidupan masyarakat Islam di barat Bonia dan timur Korea Selatan. Kedua-dua negara ini pernah mengalami perang saudara pada satu ketika tetapi masih berdiri teguh hari ini. Selain daripada budaya mereka sendiri, sejarah dan survival umat Islam di Bosnia dan Korea Selatan menekankan bahawa Islam bukan bukan sekadar agama tetapi Islam telah membawa banyak nilai-nilai positif kepada rakyat di kedua-dua negara.

3. Majalah : Motivasi

TAJUK : SUFI
Mulai 6 Jun – 5 Julai 2016
8. 00 pagi
Isnin – Ahad

(30 EPISOD X 15 MINIT)

Rancangan motivasi kerohanian bersama tokoh muda (Ustaz Nabil Ahmad.)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem FATHERS & DAUGHTERS

Vlog GILA MAKAN di THE CANTEEN By Chef Adu