in

Rahsia Ramuan 7 Jenis Bunga dari K.A.W BY KEENA

Mencipta karier seni dalam bidang nyanyian menerusi program realiti Mentor musim ketiga, nama Keena terus meraih perhatian ramai peminat.

Bagi protege Awie ini, impian bergelar anak seni tidak hanyafokus atau terlalu bergantung pada persembahan pentas semata-mata.

Atas populariti diterima, Keena mencuba nasib sebagai pelakonsehingga ia menjadi sumber utama rezeki buat dirinya. Tanpa patah semangat, penyanyi berusia 29 tahun ini mengasah bakat sebagai pelakon dan penyanyi sehingga ia memberi suatukepuasan pada diri sendiri.

unnamed-3

Sebagai pencapaian terbaik dalam karier seni, Keena berterimakasih pada peminat yang banyak memberi kata sokongan dansemangat pada dirinya untuk terus berjuang dalam bidang seni.

Pada mata peminat, Keena cukup istimewa kerana dia tidaksombong untuk didekati peminat yang mahu bergambar, bersalam mahupun meminta autograf.

Lebih menarik, Keena tidak seperti kebanyakan artis yang hanyaglamor mempunyai jutaan peminat tetapi kurang berinteraksimenerusi media sosial.

Katanya, sokongan peminat termasuk media massa amat pentingdalam membantu karier seni seseorang artis.

Keena kini mempunyai 14,800 pengikut di Instagram dan lebih3,000 rakan dan peminat di Facebook serta baru-baru ini turutdiraikan bersama kelab peminatnya, Keena Mentor Fans Club (KMFC) yang sudah setahun ditubuhkan.

Dalam meneruskan fokus terhadap masa depan karier seninya, Keena mengambil peluang menceburi bidang bisnes menerusipenghasilkan produk minyak wangi jenamanya sendiri diberinama, K.A.W. BY KEENA.

Maksud perkataan K.A.W merujuk namanya sendiri, KeenaAbdul Wahab.

“Menghasilkan produk minyak wangi sendiri menjadi peluangkeemasan yang ditunggu Keena sepanjang bergelar anak seniselama 11 tahun.

“Keena tahu bukan mudah untuk seorang artis mempunyaiproduk jenama sendiri meskipun sudah bertahun-tahun terbabitdalam bidang seni atau menang banyak anugerah.

“Wujudnya produk jenama sendiri bukan bermakna artis itusudah terlalu bagus tetapi ini sebenarnya satu kepuasan pada dirisendiri dalam menghasilkan sesuatu yang baru untuk membantukarier seni,” katanya.

Tambahnya, produk ini lebih penting dan bermakna untukpeminat yang banyak menyokong karier seninya.

“Apabila menceburi bidang perniagaan, apa yang terdetik di fikiran saya adalah untuk bagaimana saya boleh bantu peminatmenerusi produk ini.

“Jadi, saya mahu membuka ruang bisnes pada peminat dansesiapa saja untuk menjadi agen atau stokis produk ini untukdijual di mana saja.

“Apa yang menarik ingin dikongsi mengenai kelebihan produkini adalah ia boleh digunakan sama ada lelaki dan wanita tanparasa ragu-ragu.

“Malah, menerusi campuran 7 jenis bunga istimewa yang dihasilkan dalam tempoh 6 bulan ketika diperingkat awal kajianproduk ini menjadikan ia suatu yang istimewa buat peminat,” katanya.

Dalam berkongsi kegembiraan atas pelancaran produk ini, Keena yang pernah menerima Anugerah Wanita Cemerlang padamajlis Anugerah Hari Wanita Antarabangsa anjuran PertubuhanKebajikan, Sosial dan Ekonomi Wanita Malaysia pada Mac lalu berharap produk ini mendapat sambutan positif dalam kalanganpeminat dan pengguna.

unnamed-4

unnamed-7

unnamed-5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jun Juara Ceria Popstar 2016

Lirik Yang Deep Tajam Berbisa dalam Single Terbaru TAJAM Elizabeth Tan