in ,

Ada Sebab Kenapa Anda Patut Singgah di Yana Restaurant, Bangkok

Dengan kehadiran bulan Ramadan, ramai juga rakyat Malaysia yang suka ke luar negara untuk membeli-belah demi persiapan sebelum menjelangnya Aidilfitri. Dan di antara bandaraya pilihan sudah tentulah Bangkok, ibunegara Thailand yang tidak terlalu jauh jika menaiki pesawat.

Kala berada di Bangkok pada bulan puasa, banyak juga tempat-tempat makan yang menawarkan sajian iftar seperti di Kuala Lumpur, namun terdapat beberapa restoran di Bangkok yang mengungguli senarai pilihan hidangan serta menu terbaik di sana.

Ada Sebab Kenapa Anda Patut Singgah di Yana Restaurant, Bangkok

[dropcap]S[/dropcap]alah satu restoran yang dimaksudkan adalah Yana Restaurant yang terletak di MBK Mall Bangkok. Restoran Muslim ini menawarkan ajnas pilihan makanan halal tempatan dan antarabangsa di restoran mereka.

Terletak di tingkat lima di pusat membeli-belah MBK (yang terkenal di Bangkok), Yana Restaurant akan membuat para tamu berasa sangat selesa kerana layanan pekerjanya yang ramah mesra. Malah restoran ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan WIFI percuma.

Antara hidangan halal pilihan tamu adalah sajian khas Siam seperti Tom Yam dan juga Ayam Kari Hijau atau Thai Green Curry Chicken.

[pullquote align=”right”]Tidak lupa juga hidangan makanan laut lain seperti ikan goreng tiga rasa, sotong bakar dan juga sayur yang ditumis dengan kicap serta ikan masin.[/pullquote]

Itu baru sebahagian saja dari menunya sedangkan restoran ini mempunyai lebih banyak hidangan menarik yang lain. Satu lagi yang mesti dicuba sudah tentulah pencuci mulut, iatu manisan berupa pulut berserta mangga dan santan.

Ini merupakan salah satu makanan tradisional kegemaran orang Thailand yang masih dapat dinikmati (apalagi di musim buah mangga).

Setelah penat membeli-belah di MBK, restoran ini merupakan tempat yang sangat sesuai untuk berehat seketika dan menjamu selera. Buat yang pernah ke MBK Mall di Bangkok, pasti tahu bahawa pusat membeli-belah ini sangat besar dan mirip dengan konsep Sungei Wang Plaza yang menawarkan aneka barangan pada harga yang sangat murah.

Dengan lokasi pusat membeli-belah yang terletak sangat dekat dengan stesen BTS serta MRT Bangkok, wajarlah untuk beristirehat sejenak dan mencuba hidangan yang tersedia di Yana Restaurant di Tingkat 5 Mall MBK. Bukan sahaja harga makanannya berpatutan tetapi kualitinya yang enak dan lazat menjadikannya pilihan yang sesuai buat sesiapa sahaja yang ingin menikmati makanan yang halal dan sedap!

Yana Restaurant, Bangkok

Yana Restaurant, Bangkok

Yana Restaurant, Bangkok

Yana Restaurant, Bangkok

Yana Restaurant, Bangkok

Yana Restaurant, Bangkok

Yana Restaurant, Bangkok

Makanan Halal Yang menyelerakan di Yana Restaurant, Bangkok
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Menarik & Seronok Menginap di AMARI RESIDENCES BANGKOK

Selebriti Popular Bakal Meriahkan KaryaOne Wave Awards 2016