Sekitar Majlis Pelancaran Filem dan Tayangan Premiere My Stupid Boss yang berlangsung pada 16 Mei 2016 bertempat di GSC Pavilion. Di sini saya ingin memberi sedikit ulasan tentang Filem My Stupid Boss.
Cerita mengenai perhubungan di antara seorang pengurus dengan pekerjanya. Bossman (lakonan Reza Rahadian) adalah pemilik syarikat import dan export juga bengkel yang berasal dari Indonesia dan bermastautin di Kuala Lumpur. Diana (lakonan Bunga Cinta Lestari) seorang isteri dari Indonesia yang mengikut suaminya yang kini berkerja di Kuala Lumpur.
Diana ingin mengisi kebosanannya dengan bekerja di tempat kawan suaminya Bossman. Setelah bekerja dengan Bossman, Diana mula mendapat tekanan akibat pelbagai kerenah yang menjengkelkan dari pengurusnya.
Lakonan bersahaja dengan mimik muka dan dialoq sinis dari barisan pelakon memang tak kering gusi dibuatnya.
Walaupun filem ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat tetapi terhad kepada 13 tahun dan ke atas sahaja.
Amir Etcetera pula berpendapat:
Sebuah filem komedi ala aksi Will Farrel yang di adaptasi dari novel Indonesia. Produksi Indonesia .. penggambaran di Malaysia… Dilakonkan oleh pelakon dari Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Soundtrack utama – 2 lagu Malaysia.
1. Gerimis Mengundang – Slam
2. Cindai – Siti Nurhaliza
(Akhirnya Indonesia beralih pilihan lagu Malaysia dari pilihan cliche Isabella dan Sinaran)
TAYANGAN SERENTAK DI PAWAGAM MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA DAN BRUNEI MULAI 19 MEI 2016.
Recommendation – PERGILAH TONTON UNTUK BERGELAK KETAWA