Diinspirasikan oleh pengasasnya Encik Rosix Omar yang berpengalaman selama enam tahun dalam lapangan fesyen tanah air menerusi jenama Wanpa dan Naelofar Abaya sebelum ini, Royale Orchid adalah tudung yang lahir daripada idea dan impian untuk menghidangkan kelainan buat para muslimah. Encik Rosix yang kini menetap di Sydney, Australia kembali ke tanah air dengan Royale Orchid yang menjanjikan pilihan dan kelainan kepada para pemakai tudung.
Fakta Yang Korang Kena Faham Tentang ROYALE ORCHID
Anggunnya Royale Orchid bukan saja pada ciri-ciri fabrik dan rekaannya yang unik, menarik dan berwarna-warni. Malah, kesemua tudung hasil rekaan Rosix sendiri merupakan tudung pertama dalam pasaran yang didatangkan bersama loket perhiasan atau charm.
“Idea untuk melancarkan koleksi Royale Orchid ini tercetus daripada bunga Orkid. Kebetulan, saya memang minat tengok bunga Orkid sebab ia nampak mewah dan elegan. Warna bunga Orkid yang pelbagai daripada warna terang dan ceria hingga ke warna pastel dan lembut itu yang mencetuskan inspirasi kepada saya.
“Kelainan Royale Orchid berbanding tudung yang lain adalah tudung ini merupakan tudung pertama yang didatangkan dengan charm yang boleh ditukar ganti dan setiap koleksi didatangkan dengan charm yang berlainan. Untuk permulaan koleksi ini, saya menggunakan charm berbunga putih.
“Saya berharap kemunculan Royale Orchid mengharapkan jenama ini diterima ramai dan seterusnya dapat mewarnai dunia hijab tanah air. Malah, saya juga mengharapkan tudung ini sentiasa meniti di bibir dan menjadi sebutan dalam kalangan hijabista di Malaysia.
“Mengenai isu yang mendakwa kononnya tudung Royale Orchid bersaiz singkat, ia adalah kekeliruan dan salah anggap semata-mata. Sebenarnya ukuran tudung ini adalah 1.8m x 0.7m, jadi ia memang panjang. Jadi terpulang kepada si pemakai utk menggayakannya. Yang pasti, ukuran itu memang bersesuaian dan labuh serta dapat menutup bahagian dada si pemakai,”
– Encik Rosix
Didatangkan dalam empat koleksi yang berlainan iaitu Laelia (dua ton), Cattleya (dua warna), Miltonia (tiga warna) dan Alcra (bercetak), tudung Royale Orchid ini terserlah pada gabungan warna yang unik dan menarik, sesuai untuk pemakaian pada siang hari, majlis rasmi atau berlibur pada waktu malam.
Royale Orchid dihasilkan daripada fabrik jenis sutera satin kerana ketahanan dan bersesuaian dengan iklim di Malaysia.
Malah, fabrik jenis ini juga mudah untuk digayakan mengikut cara dan pilihan si pemakai.
Bagi yang tidak bertudung pula, Royale Orchid juga boleh digayakan sebagai skaf, headband atau apa saja gaya mengikut selera masing-masing.
Identiti tersendiri Royale Orchid yang julung kalinya menampilkan rekaan tudung berserta loket menawan dan berkilau digantungkan pada penjuru tudung menjadikan ia tampak sofistikated dan elegan. Loket itu juga mudah dicabut dan ditukar ganti mengikut pilihan pemakai.
Sekilas mengenai jenama Royale Orchid, ia menjadi pilihan sebagai perlambangan kepada bunga orkid yang mempunyai kelopak berbeza daripada bunga-bunga yang lain, sekaligus membuatkan orkid menonjol, unik dan jarang ditemui.
Orkid juga sejenis bunga yang sensitif, lembut, cantik dan simbol kemewahan ketika era Victoria kerana ia sukar ditemui dan mempunyai ciri-ciri eksotik.
Keagungan dan kehebatan orkid terus kekal sehingga kini dan diperakui sebagai simbolik pada kecantikan, keindahan, kekuatan, kepintaran dan kasih sayang seorang wanita.
Justeru itu, ciri-ciri berkenaan berpadanan dan setara dengan konsep Royale Orchid yang menampilkan tudung yang menyerlahkan lagi kecantikan dan nilai eksklusif si pemakai.
Tudung Royale Orchid kini hanya boleh didapati secara dalam talian dan eksklusif di www.starporium.com. Diasaskan sejak awal 2016, Starporium adalah platform perniagaan secara dalam talian yang menjual dan memasarkan pelbagai jenis produk merangkumi fesyen, kecantikan, gaya hidup dan banyak lagi.
Starporium menghimpunkan pelbagai jenis produk keluaran individu-individu berpengaruh dari dalam dan luar negara seperti selebriti, ahli sukan, pelukis, sosialit dan ramai lagi. Para pengguna bakal menikmati pengalaman membeli-belah yang berbeza dan memiliki pelbagai jenis produk terbabit hanya menerusi Starporium.
Pasaraya digital ini juga mensasarkan untuk memberi keselesaan maksimum dan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan di samping perkhidmatan terbaik buat para pengguna.