in

Senyuman Kraft Singles Game Show Ceriakan TV9

PENGEMBARAAN KINI BERMULA DI TV9

Senyuman Kraft Singles Game Show, sebuah rancangan hiburan gameshow terbaru khusus buat seisi keluarga di TV9. Rancangan ini akan menemui penontonnya pada setiap Ahad, jam 9.30 malam bermula 11 April 2010 ini.

Setelah hampir sebulan mencari gandingan keluarga ceria (antara ibu dan anak mahupun bapa dan anak), kini 18 buah keluarga telah berjaya menempatkan diri mereka di dalam gameshow keluarga dan seterusnya bertanding untuk meraih gelaran juara Senyuman Kraf Singles musim.

Setiap espisod mempunyai 3 kumpulan yang disertai oleh keluarga yang mempunyai ikatan keluarga dan setiap episod akan mempunyai pemenang. Untuk acara “Pusing & Menang”, setiap keluarga akan diminta untuk memusing roda yang disediakan bagi memastikan cabaran untuk hari tersebut. Segala soalan yand dikemukakan adalah berkaitan dengan Kraft Singles Cheese.

Keluarga yang paling pantas menyebut perkataan “Cheese” akan berpeluang untuk menjawab soalan dan mengumpul markah berdasarkan pusingan roda tersebut. Untuk mendapat markah tambahan dan hadiah misteri, pin pada roda itu haruslah berhenti pada penanda “Saya Suka Cheese”.

Untuk “Cabaran Moo” pula, mereka akan diberikan dua sampul istimewa berwarna biru dan kuning dan di dalamnya akan tertera tema cabaran masakan yang perlu dilaksanakan oleh mereka, seperti contoh, “Piknik” dan “Sarapan Pagi”.

Lebih penting, setiap hidangan perlu mempunyai ramuan wajib, iaitu keju Kraft Singles. Malah, pada setiap minggu, dua acara permainan akan diadakan iaitu “Pusing & Menang” dan “Cabaran Moo”. Hanya dua keluarga yang berjaya di separuh akhir akan bertanding di peringkat akhir pertandingan ini.

Game show ini amat sesuai untuk ditonton seisi keluarga kerana ia membabitkan permainan antara ahli keluarga dan pastinya menyeronokkan. Senyuman Kraft Singles Game Show ini bertambah ceria dengan kehadiran Sharifah Shahirah selaku pengacara. Perwatakan ceria dan jenaka beliau pastinya dapat mencuit hati semua penonton. Lebih menarik, program ini akan dijurikan oleh selebriti Chef terkenal tanahair iaitu Chef Zam.

Berikut adalah 18 keluarga yang layak untuk memasuki Senyuman Kraft Singles Game Show.

Episod 1
Wan Nurul Ashikin Bt Wan Ahmad Shukry & Wan Adam Aisar B Wan Ab Rahman dari Kelantan
Yusine Bt Tapah & Putri Ain Natasha Bt Abd Malek dari Selangor
Sharifah Mastura Bt Syed Isa & Amirul Asyraff B Abd Aziz dari Johor

Episod 2
Wan Nurul Ashikin Bt Wan Ahmad Shukry & Wan Adam Aisar B Wan Ab Rahman dari Kelantan
Mazuana Bt Mohamed & Munshi Fadllullah dari Selangor
Zakiah Bt Hussin & Nurayesha Bt Ahmad Affandi dari Kelantan

Episod 3
Fairiyati Abdul Karim Faiz & Danial Faizan dari Kuala Lumpur
Puspa Rafiza Bt Ahmad Nordin & Amir Hassan B Abdul Hafiz dari Pulau Pinang
Rashidah Bt Abdul Samat & Irra Izzani Bt Mohd Rodi dari Kuala Lumpur

Episod 4
Norazah Abdul & Zul Danial Aliff Bin Zul Azman dari Kuala Lumpur
Norsarina Bt Abdul Wahab & Zulaikha Bt Zulkiflle dari Kuala Lumpur
Nazri Denni B Jamaludin & Muhammad Amsyar Denni B Nazri Denni dari Kuala Lumpur

Episod 5
Syamsinar Bt Mohamed @Yahya Nurul Afiqah Bt Muhd Hafizi dari Kuala Lumpur
Aini Andria Shirin Bt Anuarudin & Amin Ridwan B Saiful Amin dari Selangor
Suria Binti Majdi & Muhammad Syafiq dari Selangor

Episod 6
Roszana Aminuddin & Muhammad Adib Zikri B Zamri dari Kuala Lumpur
Hazlinda Bt Husin & Nur Farah Aqilah dari Kuala Lumpur
Zarinah Mohd Nasir & Muhammad Hazeem Danial dari Selangor

Siapakah yang layak untuk memasuki peringkat separuh akhir (episod 7) dan seterusnya peringkat akhir (episod 8) bagi merebut hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM5,000? Untuk mengetahuinya, jangan ketinggalan menyaksikan Senyuman Kraft Singles Game Show pada setiap hari Ahad, jam 9.30 malam bermula 11 April 2010.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amy Mastura Berkempen Roadshow Lifebuoy & Giant

Maxis & Hotlink Customers Witness Adam Lambert’s Rising Star Live In Singapore