AirAsia X hari ini mengumumkan penambahan kekerapan penerbangan ke lapan destinasi yang terdapat di dalam rangkaian penerbangan syarikat penerbangan tersebut. Ini memberikan lebih banyak pilihan kepada tetamu untuk ke Melbourne, Sydney, Perth, Osaka, Sapporo, Beijing, Shanghai dan Taipei.
Bagi memberi lebih nilai kepada tetamu, syarikat penerbangan itu turut menawarkan promosi istimewa untuk semua penerbangan AirAsia X (Kod penerbangan D7) dengan tambang termasuk semua bagi tempat duduk ekonomi dari serendah RM259* sehala ke Perth; RM329* sehala ke Hangzhou; RM429* sehala ke Busan; RM459* sehala ke New Delhi; RM509* sehala ke Sapporo dan lebih banyak lagi tambang rendah sedia untuk ditempah di airasia.com mulai sekarang hingga 8 Mei 2016.
Para tetamu boleh melancong dari sekarang hingga 24 November 2016 dengan tambang rendah ini. Ianya juga boleh didapati melalui AirAsia mobile app iPhone dan Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com.
Arik Kumar De, Ketua Komersil AirAsia X Berhad berkata, “Sebagai perintis penerbangan jarak jauh kos rendah, kami berbesar hati untuk menawarkan tetamu-tetamu kami nilai lebih besar dengan pilihan tambahan penerbangan ke destinasi kegemaran mereka. Tetamu kami kini boleh menikmati lebih banyak fleksibiliti dalam rancangan perjalanan yang akan datang menerusi penambahan frekuensi penerbangan.”
“Kami juga menawarkan perkhidmatan Fly-Thru dan Premium Flatbed di promosi ini, di mana tetamu boleh merasai pengalaman mewah dengan harga yang berpatutan dengan tambang termasuk semua dari serendah RM769* sehala dari Kuala Lumpur ke Nepal atau Taipei. Inilah masa yang terbaik untuk tetamu kami pergi bercuti pada tambang rendah yang sama!” tambah Arik.
AirAsia X tambah kekerapan penerbangan ke lapan destinasi
· Lebih banyak pilihan penerbangan untuk tetamu bercuti ke Melbourne, Sydney, Perth, Osaka, Sapporo, Beijing, Shanghai, Taipei
· Promosi tambang termasuk semua dari serendah RM259* sehala ke semua destinasi AirAsiaX
· Tempah mulai sekarang hingga 8 Mei 2016 untuk perjalanan sehingga 24 November 2016
Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, AirAsia X akan secara beransur-ansur menambah kekerapan penerbangan ke Melbourne (hingga 14x penerbangan mingguan), Sydney (hingga 11x penerbangan mingguan), Perth (hingga 14x penerbangan mingguan), Osaka (hingga 9x penerbangan mingguan), Sapporo (hingga 5x penerbangan mingguan), Beijing (hingga 11x penerbangan mingguan), Shanghai (hingga 11x penerbangan mingguan) dan Taipei (ke 14 x penerbangan mingguan). Untuk jadual terperinci penerbangan dan maklumat lanjut, sila layari airasia.com
Pilihan servis penerbangan sambungan (Fly-Thru) telah dipertingkatkan dengan liputan yang lebih luas dan masa transit lebih pendek. Para tetamu boleh menyambung penerbangan melalui mana-mana hab transit AirAsia dengan bagasi yang didaftar masuk terus ke destinasi akhir tanpa perlu melalui imigresen di hab transit. Dengan pilihan perkhidmatan ini, perjalanan tetamu akan berjalan lebih lancar di antara semua bandar-bandar Asia dan Australia, seperti dari Pulau Pinang ke Sydney melalui Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter(twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia)
*Tambang promosi termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.