Semalam kami bertandang ke cafe @thecanteen.chefadu untuk rakaman episod terbaru vlog #GilaMakan. @chefaduamran sempat sediakan 4 hidangan signatur cafe beliau antaranya “Roti Canai Tortilla”, “Rendang Cottage Pie”, “Nasi Kerabu Salad” dan “Mee Bandung Muar”.
Terletak didalam Muzium Tekstil Kuala Lumpur, lokasinya sangat strategik kerana sudah pasti jadi tumpuan ramai pengunjung dari dalam dan luar negara, cafe The Canteen menyajikan hidangan asli melayu, fusion serta pastri dan kek untuk sarapan hingga ke minum petang setiap hari dari jam 9pagi sehingga 6petang. Menariknya susun atur cafe ini adalah hasil idea Che Adu sendiri dengan menggabungkan elemen nusantara-inggeris. Nampak lebih menarik dengan hiasan dalaman antik koleksi peribadi beliau sendiri.
Semua ini akan kami bawakan kepada anda dalam episod terbaru Vlog Gila Makan. Jangan lupa untuk saksikan vlog penuh rebiu kami serta temubual @budiey bersama @chefaduamran berkongsi cerita terkini dan yang menarik di saluran Youtube BudieyDotCom. Jangan lupa untuk Subscribe..Like..Share..dan Comment.
Ikuti kami juga di platform media sosial kami. Jangan lupa untuk “TURN ON POST NOTIFICATIONS” untuk perkongsian info terkini dari kami berdua. Ciao!