RAKU selaku perkhidmatan radio dan penstriman muzik percuma Malaysia telah diumumkan sebagai Syarikat Keusahawanan Terbaik Malaysia dalam kategori Media Digital (Muzik-on-Demand) di anugerah Frost & Sullivan yang berlangsung semalam.
Ada Sebab RAKU Terima Anugerah Syarikat Keusahawanan Terbaik Malaysia
Anugerah Frost & Sullivan ke-12 Malaysia telah mengiktiraf syarikat-syarikat dan individu yang menunjukkan prestasi cemerlang di Malaysia.
RAKU membolehkan pengguna memilih pelbagai kandungan yang menarik di dalam aplikasinya. Hari ini, rakyat Malaysia boleh melayan berjuta lagu-lagu tempatan dan antarabangsa menerusi aplikasi senarai lagu yang disediakan dan mendengar lebih dari 20 stesen penstriman radio, podcast atau kandungan tempatan.
[pullquote align=”right”]Bagi kategori Syarikat Keusahawanan Malaysia, penganalisis bebas bagi anugerah Frost & Sullivan ini menilai dua faktor penting dari sudut inovasi keusahawanan dan servis pelanggan yang diberikan.[/pullquote]
Antara kandungan lain yang ditawarkan oleh aplikasi RAKU adalah seperti berita, sukan dan informasi trafik pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Selain itu, peminat rancangan hiburan seperti Gegar Vaganza, Kilauan Emas Otai dan Maharaja Lawak Mega turut dihidangkan melalui aplikasi RAKU.
Sejak dilancarkan pada April 2015 lalu, muat turun aplikasi ini telah mencecah 250,000. Dengan adanya anugerah sebegini, Astro dapat mengukuhkan lagi kedudukan sebagai pencetus media digital terkemuka, sekaligus bertindak balas dengan segera terhadap aspek digital yang pesat dan landskap masyarakat tempatan. RAKU boleh diakses melalui laman web www.raku.my atau dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play.