Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengesahkan pernikahan penyanyi Adira dan suami, Datuk Seri Adenan Abu secara poligami di luar negara adalah mengikut hukum syarak.
Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab membuat keputusan itu selepas meneliti dan berpuas hati dengan semua keterangan, hujahan bertulis serta bukti pernikahan yang dikemukakan pasangan itu.
Mahkamah kemudian memerintahkan pasangan itu mendaftar pernikahan mereka di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Pada 8 Januari lalu, Adira dan Adenan yang diwakili peguam syarie Irsamuddin Ikhsan memfailkan permohonan pengesahan nikah secara berpoligami di luar negara di Mahkamah Tinggi Syariah.
Pasangan itu bernikah secara berpoligami di Songkhla, Thailand pada 3 Disember tahun lalu.
Sumber : BH online