in

Ujibakat Terbuka ASTRO BATTLEGROUND 2016

Memasuki ulang tahun ke-10 penganjuran, Astro Battleground 2016 kini mencari juara penari jalanan yang baharu. Penari yang mahir dalam pelbagai jenis gerak tari dijemput hadir ke ujibakat terbuka yang akan diadakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 2 April 2016 (Sabtu) bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Semua yang berminat dikehendaki mendaftar atas talian sebelum 1 April 2016, sebelum menghadiri ke satu-satunya ujibakat terbuka pada tahun ini.

BTG 2015 photo (1)

Ujibakat terbuka Astro Battleground 2016 akan menguji setiap peserta ujibakat melalui persembahan individu dan juga kerjasama dalam kumpulan. Turut memeriahkan sesi ujibakat kelak ialah guru tarian terkenal dari Taiwan, C.Hsiang yang akan menilai peserta ujibakat dari segi kemahiran tarian serta kemampuan menambaik baik gerak tari sebelum keputusan dibuat.

Astro Battleground 2016 – Pencarian Penari Jalanan Terhebat di Asia

[dropcap]B[/dropcap]ukan itu sahaja, untuk menghangatkan lagi sesi ujibakat terbuka ini, sebuah persembahan istimewa yang menampilkan 500 penari akan mengambil tempat bagi mendedahkan peminat tegar tarian terhadap program Astro Battleground 2016 seterusnya menggalakkan mereka menyertai ujibakat terbuka yang diadakan.

Maximillian Tan, penerbit Astro Battleground 2016 berkata, “Sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dalam program ini, untuk tahun ini kami akan menerbangkan para peserta ke Korea Selatan untuk mereka mempelajari teknik tarian jalanan sebenar daripada guru tarian terkenal yang telah menguasai seni tarian. Apa yang membezakan program ini dengan program tarian yang lain adalah kami mengambil kira peningkatan prestasi keselurahan setiap peserta dan juga kualiti tarian mereka.”

BTG 2015 photo (2)

Astro Battleground, program utama bagi Astro Wah Lai Toi saluran 311 dan Astro Wah Lai Toi HD saluran 310 telah menyediakan platform ini buat penari tempatan mempamerkan gerak tari mereka semenjak tahun 2007 lagi.

“Menjadi seorang penari battleground bukan bermakna mahir dalam tarian jalanan sahaja, tetapi ia turut melibatkan disiplin diri, kerjasama berkumpulan dan tahap profesionalisma dalam mereka gerak tari kerana kualiti inilah yang akan membantu mereka menonjol daripada lambakan penari yang lain,” kata Maximillian Tan, yang turut menambah bahawa barisan juri profesional daripada luar negara akan turut terlibat dalam program ini, dimana ada dalam kalangan mereka yang akan muncul buat pertama kalinya dalam program ini.

Ujibakat terbuka sempena ulangtahun ke-10 penganjuran pertandingan tarian popular!

Kemuncak program ini akan menyaksikan dua penari terbaik mewakili Malaysia untuk bersaing dengan peserta-peserta daripada negara Asia yang lain seperti Singapura, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Filipina, Hong Kong dan Vietnam di Asian Battleground 2016 yang mana Astro akan menjadi tuan rumah buat kali ketiga

Butiran ujibakat ‘Astro Battleground 2016’ adalah seperti berikut:

Tarikh : 2 April 2016 (Sabtu)
Masa : 10 pagi hingga 6 petang
Tempat : Main Court, Ground Floor, Quill City Mall
Umur : 15 tahun keatas (peserta ujibakat dibawah umur 18 tahun harus ditemani oleh
ibubapa atau penjaga yang sah)
Pendaftaran : Penari solo amatur
Warganegara : Malaysia
Genre tarian : Bebas (mesti berlandaskan muzik Hip-Hop)

Senarai semak dokumen ujibakat:
1. 1 salinan kad pengenalan
2. 1 salinan pasport dengan tempoh sah sekurang-kurangnya 6 bulan
3. 1 gambar penuh bersaiz 4R dan 1 gambar separuh bersaiz 4R

Untuk mendaftar dan syarat-syarat penyertaan, sila layari www.facebook.com/astrobattleground

judges chsiang (3) - resize

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Will Smith Bakal Menerima MTV GENERATION AWARD

Pertunjukan Fesyen Muslimah Dalam Koc LRT Ditunda