in ,

Pelakon Popular Jayakan Muzikal Randai CINDUA MATO

Barisan artis popular seperti Remy Ishak, Azhan Rani, Ashraf Muslim dan Puteri Aishah Sulaiman akan menjayakan pementasan Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai “Cindua Mato” pada 25-27 Mac ini di Panggung Sari, Istana Budaya (IB).

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli dalam satu sidang media hari ini, pementasan ini ialah sebahagian daripada usaha untuk memastikan kelangsungan kesenian Randai dalam masyarakat moden bagi memastikan warisan negara ini dipertahankan untuk generasi akan datang.

MII_3197

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan apresiasi masyarakat terhadap kesenian klasik yang autentik dan kaya dengan nilai seni dan moral.

Randai ialah kesenian tradisional yang terkenal dalam kalangan masyarakat Minangkabau yang berasal daripada Sumatera Barat telah berkembang ke seluruh pelusuk alam Melayu di nusantara.

Justeru kekuatan randai adalah melangkaui sempadan geografi kerana ia berkembang dalam rumpun masyarakat Melayu berketurunan Minang di Malaysia.

Melalui usaha JKKN dengan kerjasama IB, naskhah Randai kini berpeluang dipentaskan di sebuah pentas bertaraf dunia. Namun begitu, Menurut Norliza, pementasan ini masih mengekalkan struktur asal dalam persembahan randai, contohnya seperti gelombang (bulatan), kaba (unsur penceritaan), dendang (lirik lagu / berlagu) dan juga kostum yang melambangkan status sosial mengikut watak di sampeng aspek watak, nyanyian, gerak pencak serta gaya bahasa.

MII_3184

“Walau bagaimanapun gaya bahasa yang dituturkan dalam muzikal ini menggunakan dialek Minang yang lebih mudah difahami khususnya di Malaysia,” katanya.

YBhg. Dato` Mohamed Juhari Shaarani, Ketua Pengarah Istana Budaya yang turut hadir juga menyokong penuh usaha JKKN ini dalam mengisi slot teater tradisional di Istana Budaya sekaligus membantu memartabatkan dan mempopularkan pementasan teater tradisi dalam skala besar. Usahasama ini akan terus menjadi antara agenda penting dalam usaha kedua-dua jabatan.

Muzikal Randai yang berasaskan bahasa dan loghat harian masyarakat Minang ini akan diarahkan oleh Lokman Ghani dari IB. Dr. Indra Utama berindak sebagai koreografer dibantu oleh empat orang koreografer Kumpulan Kesenian JKKN iaitu Siti Suhailah Taman, Amran Nunet, Zaidi Karim dan Nik Azwadi. Muzikal ini turut mendapat sentuhan artistik daripada Hazize San, dari IB.

Seramai 40 orang artis budaya dan pemuzik akan terlibat dalam pementasan ini yang melibatkan gabungan Kumpulan Kesenian JKKN Negeri Sembilan, Ibu Pejabat dan Wilayah Persekutuan Kuala serta pemuzik tradisional yang terdiri dari gabungan pemuzik Istana Budaya dan Kumpulan Kesenian JKKN.

15 orang pesilat dari Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, Malaysia serta Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Kampung Gagu, Jelebu, Negeri Sembilan turut memeriahkan lagi pementasan ini. Tiket bagi menyaksikan persembahan Randai ini berharga RM25, RM55 dan RM 85 dan boleh didapati dengan melayari www.airasiaredtix.com atau dengan membelinya di kaunter tiket box-office Istana Budaya atau outlet Rock Corner di The Gardens, Mid Valley, KLCC, Subang Parade dan The Curve, serta di outlet Victoria Music di Sungei Wang, Amcorp Mall dan Tropicana.

Poster Randai with Artist Digital

JKKN ialah sebuah agensi yang menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian di Malaysia.

Pementasan Randai ini ialah merupakan kesinambungan kepada usaha JKKN untuk memartabatkan teater tradisional negara setelah mementaskan teater Mek Mulung di IB yang mendapat sambutan hangat tahun lepas.

Nama Pemenang: Noor Jemima binti Marzuwanto
Kategori: Solo – Children (9-12 tahun)
Anugerah: Diploma Laureat 1
Tarian: Tarinai & Liuk Kerincing
Koreografer : Muhammad Akmal Ayob
Nama Pemenang: Habibah binti Abu Bakar & Mohamad Ashraf bin Mohd Nawawi
Kategori: Duet – Children (9-12 tahun)
Anugerah: Diploma Laureat 1
Tarian: Ulit Berinai & Joget Samrah
Koreografer: Muhammad Akmal Ayob
Nama Pemenang: Chew Jun Jie
Kategori: Solo – Juniors 1 (13-15 tahun)
Anugerah: Diploma Laureat 1
Tarian: Jog-It & Boy In The Band
Koreografer: Muhammad Akmal Ayob
Nama Pemenang: Arief Bryan Carlos & Nik Nur Amalin binti Nik Musauddin
Kategori: Duet – Juniors 1 (13-15 tahun)
Anugerah: Diploma Laureat 1
Tarian: Senang Tari & Salutari
Koreografer: Muhammad Akmal Ayob
Nama Pemenang : Permata Seni Tari
Kategori: Ensemble – Children (9-12 tahun)
Anugerah: Diploma Laureat 1
Tarian: Gelanggang Lenggang, Selang Gilir & Ilham Santubong
Koreografer: Muhammad Akmal Ayob
Nama Pemenang: Permata Seni Remaja Tari
Kategori: Ensemble – Juniors 1 (13-15 tahun)
Anugerah: Diploma Laureat 1
Tarian: Kasih Suntingan, Masri Medini & Zapin Rajuk Rindu
Koreografer: Muhammad Akmal Ayob
Nama Pemenang: PERMATA SENI TARI
Kategori: Overall
Anugerah: Grand Prix (The Absolute Winner)
Koreografer: Muhammad Akmal Ayob

PERKEMBANGAN TEATER TRADISIONAL RANDAI

Usaha pembangunan dan penyemarakan Randai telah dilaksanakan sejak tahun 2005 melalui aktiviti penyelidikan dan perantisan. Pada ketika itu, Badan Bukan Kerajaan (NGO / BBK) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam sahaja yang aktif mementaskan randai ini. Kumpulan tersebut adalah seperti Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kumpulan Randai Panglimo yang menggabungkan ahli daripada pelajar lepasan ASWARA / ASK, UKM serta Universiti Malaya dan penggiat seni yang aktif.

Kumpulan Kesenian JKKN Negeri Sembilan dengan kerjasama Yayasan Negeri Sembilan, ASWARA dan Institut Seni Padang Panjang, Sumatera Barat telah mementaskan Randai Bekaba Kasih Menanti dan Minang Serantau (Gabungan Randai Se-Nusantara).

JKKN telah juga menjalankan usaha pembangunan dan penyemarakan Randai dengan mengadakan slot pementasan sempena program :

• Merakyatkan Seni Budaya di PPRT Lembah Pantai
• Citra Budaya Malaysia – 2003
• Festival Kesenian Rakyat Malaysia – 2004 & 2005
• Festival Kuala Lumpur – 2008
• Teater Keliling ‘Randai Siti Zubaidah’ oleh Johan Drama Sebabak Sekolah-sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Bandaraya. – 2005

JKKN merasakan sudah tiba masanya Randai diberi peluang untuk dipentaskan di pentas bertaraf antarabangsa, Istana Budaya. Ini adalah satu lagi usaha agar ruang dan peluang untuk dipopularkan kepada generasi baru. Justeru saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pengurusan Istana Budaya kerana memberi ruang untuk JKKN mementaskan Muzikal Randai ini

OBJEKTIF

• Mengangkat Kesenian Randai di pentas yang berprestij seperti di Istana Budaya

• Mempertingkatkan pengetahuan, kefahaman dan apresiasi khalayak masyarakat terhadap kesenian tradisional yang klasik, autentik dan kaya dengan nilai seni dan moral.

• Memupuk serta meneruskan pemuliharaan kesenian tradisional ini untuk memastikan warisan berharga negara ini dipertahankan dan dipelihara serta dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang.

PERSEMBAHAN RANDAI DI ISTANA BUDAYA

1.
25 & 26 Mac 2016
( Jumaat & Sabtu) 8.30 Malam
Panggung Sari Istana Budaya
RM 25.00
RM 55.00
RM 85.00

2.
27 Mac 2016
( Ahad ) 3.00 Petang
Panggung Sari Istana Budaya

ARTIS /PELAKON UNDANGAN
REMY ISHAK
Sebagai Cindua Mato
AZHAN RANI
Sebagai Dang Tuanku
Dato’ Jalaluddin Hassan
Sebagai Rajo Tiang Bungkuk
Dato’ Ahmad Tamimi Siregar
Sebagai Datuk Bandaro
Ashraf Muslim
Sebagai Rajo Mudo
Zuhairi Ibrahim
Sebagai Imbang Jayo
Wan Mohd Azlan Hussin
Sebagai Che Wan Silat
Buyung Zasdar
Sebagai Tuan Kadi
Khusiary Effendy
Sebagai Datuk Mangkudum
Ebby Yus
Sebagai Duba
Vanidah Imran
Sebagai Bundo Kanduang
Puteri Aishah Sulaiman
Sebagai Puti Bongsu
Juhara Ayob
Sebagai Puti Linduang Bulan
Norsiah Mohd Yatim
Sebagai Kambang Bandahari

TIKET
Tiket bagi menyaksikan persembahan Mek Mulung ini berharga RM25, RM55 dan RM 85 dan boleh didapati dengan melayari www.airasiaredtix.com atau dengan membelinya di kaunter tiket box-office Istana Budaya atau di lokasi berikut

1. Rock Corner : The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 – 2201 4893)
KLCC (TEL: 03 – 2181 5560)
Subang Parade (TEL: 03 – 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 – 7733 1139)
2. Victoria Music : Sg Wang(TEL: 03 – 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 – 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 – 7722 2955)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JOOX & Red Box Berganding Bahu Jayakan SHOWCASE SOUNDS GOOD

Astro Bakal Lancar Program Realiti Terbaharu GEMPAK SUPERSTAR