Tahniah Budiey ucapkan buat Nicole Lai yang mewakili Malaysia di ‘Hong Kong Asian-Pop Music Festival’ (HKAMF) 2016 dan berjaya membawa pulang Anugerah Persembahan Vokal Terbaik, Anugerah Pilihan Penonton LeMusic dan Anugerah Pasukan Pilihan.
Hong Kong Asian-Pop Music Festival’ (HKAMF) 2016 dianjurkan pada 18hb Mac 2016 di ‘Hong Kong Convention and Exhibition Centre’ (HKCEC).
HKAMF yang ke-6 ini merupakan sebuah acara muzik tahunan bagi rantau Asia anjuran International Federation of the Phonographic Industry (IFPI) – Kumpulan Hong Kong. Antara acara-acara yang dianjurkan adalah Persembahan Muzik HKAMF, Pertandingan Super Nova Asia, dan sesi forum perniagaan yang bertajuk Legenda K-POP : Bagaimana Pop Muzik Korean membuka peluang baru di Asia, yang diadakan untuk membincangkan serta menganalisis peluang perniagaan yang dibawa oleh kejayaan K-Pop dalam industri muzik serantau. Tema HKAMF 2016 masih dikekalkan iaitu Muzik Dalam Satu Asia (“Music in One Asia”).
Nicole Lai Membanggakan Malaysia di HKAMF 2016
[dropcap]P[/dropcap]ersembahan Muzik HKAMF tahun ini terdiri dari Ding Ding dan Zhang Lei dari China, F.I.R. dari Taiwan, w-inds dari Jepun, A.O.A. dari Korea, Kelly Poon dari Singapura, Shila Amzah dari Malaysia, Vanatsaya Viseskul dari Thailand dan Andy Hui dari Hong Kong. Persembahan khas pada malam tersebut adalah duet oleh J. Arie Hong Kong (2014) dan Gille Jepun (2015), para pemenang Super Nova yang lalu.
Peserta-perserta bagi pertandingan Super Nova Asia adalah dicalonkan oleh persatuan-persatuan industri muzik di Asia seperti ‘China Audio-Video and Digital Publishing Association’ (CADPA).
Persatuan Industri Rakaman Jepun (RIAJ), Persatuan Industri Rakaman Korea (RIAK), Persatuan Industri Rakaman Singapura (RIAS), Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Yayasan Industri Rakaman dalam Taiwan (RIT) dan Persatuan Perdagangan Hiburan dan Kandungan Thai (TECA). Peserta-peserta tahun ini adalah Power Powder dari China, Eli Hsieh dari Taiwan, Millea dari Jepun, LU:KUS dari Korea, Gentle Bones dari Singapura, Nicole Lai dari Malaysia, Fivera dari Thailand dan Sheldon Lo dari Hong Kong.
Antara anugerah-anugerah HKAMF 2016 untuk dimenangi pada malam itu adalah Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Persembahan Vokal Terbaik dan Anugerah Super Nova Asia. Dalam pusingan pertama pertandingan ini, peserta mesti menyanyikan lagu sendiri; dua peserta dengan markah tertinggi akan berpeluang untuk sekali lagi menjejakkan kaki di atas pentas untuk mempersembahkan sebuah lagu penyanyi lain dengan cara tersendiri. Peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi akan memenangi Anugerah Super Nova Asia HKAMF 2016.
Panel juri dianggotai oleh perwakilan dari lapan negara/rantau. Mereka termasuk Encik Zhou Lu Shan dari China, Encik Jamie Hsueh dari Taiwan, Encik Jeff Miyahara dari Jepun, Encik Kim Chang Hoon dari Korea, Encik George Leong dari Singapura, Encik Kuan Chi Yuan dari Malaysia, Encik Wongwid Wannasriyapong dari Thailand dan Encik Kenny Bee dari Hong Kong.
Sebagai pemenang Anugerah Persembahan Vokal Terbaik, Anugerah Pilihan Penonton LeMusic dan Anugerah Pasukan Pilihan, Nicole Lai layak untuk bertanding dalam pusingan kedua dan telah mempersembahkan lagu popular Celine Dion, “Power of Love”. Walaupun pemenang Anugerah Super Nova Asia merupakan wakil dari Singapura, Gentle Bones, tetapi Nicole berasa syukur atas kemenangan tersebut. Beliau berkata, “Saya berasa sedikit tertekan apabila saya mendapat tahu bahawa artis-artis yang mewakili Malaysia iaitu MOJO (2013) dan Bell 宇田 (2014) telah memenangi Anugerah Persembahan Vokal Terbaik bagi tahun-tahun sebelumnya. Tetapi saya fikir saya hanya perlu memberikan persembahan terbaik saya kepada para hakim dan penonton. Ini merupakan peluang yang berharga untuk berkongsi keindahan muzik serantau dan ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga kepada saya!”
Nicole Lai berkata lagi, “Saya sangat gembira dapat bertemu dengan ramai penyanyi yang berbakat dari negara-negara Asia yang lain. Saya ingin berterima kasih kepada pihak RIM dan HKAMF kerana memberikan peluang ini kepada saya untuk mempamerkan muzik dan bakat saya di luar Malaysia. Saya juga berharap bahawa saya mempunyai peluang untuk membuat persembahan di Hong Kong tidak lama lagi.”
Mengenai Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM)
RIM kini mewakili hampir 400 syarikat dan perniagaan rakaman tempatan yang terlibat di dalam pengeluaran, pengilangan dan pengedaran rakaman bunyi, video muzik dan karaoke tempatan dan antarabangsa, semua yang mana merangkumi lebih kurang 95% pasaran muzik di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.rim.org.my. Untuk HKAMF, sila layari www.hkamf.org.