in

Sundance Channel Tayang FEAR THE WALKING DEAD Musim Pertama

Sundance Channel Menayangkan Siri Gandigan “The Walking Dead” Dengan Dua Episod Berturut-turut Setiap Jumaat, Ditambah Sebuah Musim Maraton Bermula 7:00 Malam, Sabtu 26 Mac ini.

Sundance Channel bakal menayang buat julung kalinya, musim pertama “Fear the Walking Dead” pada pukul 8:00 malam, Jumaat, 4 Mac ini. Dua buah episod akan dipertontonkan secara berturut-turut setiap Jumaat bermula hari tersebut. Kedua-dua episod itu merupakan sebahagian daripada sejumlah enam bahagian siri drama “Fear the Walking Dead”. Para penonton berpeluang menghayati musim pertama enam episod “Fear the Walking Dead” pada 26 Mac, Sabtu, jam 7:00 malam, yang mendahuli tayangan perdana musim kedua siri ini pada April akan datang, yang akan dibawa oleh AMC. Sundance Channel HD boleh ditonton menerusi Astro (saluran 438).

Siri baharu ini adalah gandingan kepada siri “The Walking Dead,” drama #1 popular di Amerika Syarikat di kalangan penontong dewasa berumur 18-49, “Fear the Walking Dead” membawa kita ke permulaan malapetaka zombie – suatu waktu bila dunia berubah secara tiba-tiba, dan tiada siapa memahami gejala peristiwa melanda, tatkala kehidupan menjadi lintang-pukang. Siri drama ini diterbit eksekutif oleh Robert Kirkman, Gale Anne Hurd, Greg Nicotero, David Alpert dan David Erickson, serta diterbitkan oleh oleh AMC Studios.

Berlatar belakang bandaraya Los Angeles, “Fear the Walking Dead” dibintangi Kim Dickens sebagai Madison, Cliff Curtis sebagai Travis, Frank Dillane sebagai Nick, Alycia Debnam-Carey sebagai Alicia, Elizabeth Rodriguez sebagai Liza, Ruben Blades sebagai Daniel, Mercedes Mason sebagai Ofelia dan Lorenzo James Henrie sebagai Chris.

Siri drama ini mencatat kejayaan memecah rekod setelah ditayang perdana tahun lepas di seluruh dunia menerusi AMC Global, iaitu saluran rangkaian sekutu Sundance Channel. The Daily Telegraph di UK dilaporkan menyatakan, siri ini telah “mengolah pic ketengan menjadi drama insani hebat” dan AMC Global berjaya mencatat bilangan tontonan tinggi, meletakkannya antara sepuluh rangkaian terbaik yang menghidang rancangan hiburan malam di pasaran regional utama dunia. Baru-baru ini, AMC Global di Asia mendapat anugerah daripada Promax kerana “Inisiatif Pemasaran Cemerlang Terbaik” (Best Outstanding Marketing Initiative)” hasil daripada kempen “Fear the Walking Dead” di rantau ini. Kejayaan ini diikuti pula oleh prestasi memecah rekod yang dihasilkan oleh siri drama ini di Amerika Syarikat apabila tayangan perdana siri ini mencatat audien 10.1 juta penonton secara langsung/hari yang sama, menjadikannya siri perdana #1 dalam sejarah televisyen kabel dari segi kategori jumlah penonton merentasi semua demografi utama.

Mengenai Sundance Channel
Saluran yang memberi penghargaan kepada usaha pengasasnya, seniman Robert Redford, yang meraikan kreativiti, Sundance Channel adalah destinasi siaran TV bagi yang berminda bebas yang meminati kelainan. Berani, imaginatif dan berkualiti, Sundance Channel menghidang filem bebas, dokumentari dan program asal yang bermutu tinggi lagi menarik. Selain diedar secara meluas ke Amerika Utara, Sundance Channel juga boleh ditonton di seluruh Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Utara dan Timur Tengah. Sundance Channel dimiliki dan dikendali oleh AMC Networks International (bahagian global AMC Networks), serta diperakui membawa jenama terkemuka lagi magnetik yang dihidang juga dalam HD serta merentasi pelbagai platform.

Mengenai AMC Networks International
AMC Networks International (AMCNI), bahagian global AMC Networks, menyalur program hiburan asal yang mencapai langganan penonton di 140 buah negara dan wilayah, termasuk Afrika, Asia, Eropah, Amerika Latin dan Timur Tengah. AMCNI mengumpulkan jenama global merangkumi Sundance Channel dan AMC, serta saluran setempat dalam pelbagai genre program. Maklumat selanjutnya boleh diperoleh di: www.amcnetworks.com/amcni.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan Razak & Elizabeth Tan Jadi Wajah Baru 11street

Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu Ini Bertemakan KENANGAN